awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kremlin sahkan perjumpaan Putin dengan utusan khas AS Witkoff

Bernama
Bernama
25/04/2025
13:11 MYT
Kremlin sahkan perjumpaan Putin dengan utusan khas AS Witkoff
Ini adalah pertemuan kedua antara Putin dan Witkoff dalam tempoh dua minggu lepas dan yang keempat tahun ini. - Reuters
MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin mengadakan pertemuan dengan utusan khas Amerika Syarikat (AS) Steven Witkoff di Kremlin pada Jumaat, menurut Jurucakap Presiden Dmitry Peskov.
"Presiden Rusia Vladimir Putin menerima kehadiran utusan khas Presiden Trump Steven Witkoff di Kremlin," kata Peskov kepada wartawan, seperti laporan agensi berita TASS.
Ini adalah pertemuan kedua antara Putin dan Witkoff dalam tempoh dua minggu lepas dan yang keempat tahun ini.
Kedua-dua mereka mengadakan pertemuan pertama di St Petersburg pada 11 April dan berlarutan lebih empat jam, dengan tumpuan kepada penyelesaian konflik Ukraine.
Peskov menyifatkan rundingan itu menyentuh "pelbagai dimensi" dan menyifatkannya "amat kompleks," sehingga kerap memerlukan sesi yang panjang.
Kremlin malah menggambarkan perbincangan dengan Witkoff sangat berguna dan menyifatkannya sebagai "saluran komunikasi yang sangat baik dan boleh dipercayai" melibatkan Putin dan Trump.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vladimir Putin
#utusan khas
#Amerika Syarikat
#Steven Witkoff
#kremlin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan