awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis ekonomi: Lubnan rayu sokongan Arab

Bernama
Bernama
13/02/2023
08:08 MYT
Krisis ekonomi: Lubnan rayu sokongan Arab
Amin Salam pada Ahad merayu sokongan dunia Arab untuk membantu negara itu yang berhadapan kekurangan wang di tengah-tengah krisis ekonomi. - Twitter Pakistan Embassy Lebanon
BEIRUT: Menteri Ekonomi Lubnan Amin Salam pada Ahad merayu sokongan dunia Arab untuk membantu negara itu yang berhadapan kekurangan wang di tengah-tengah krisis ekonomi, lapor Agensi Anadolu.
"Lubnan dihimpit krisis demi krisis sejak sedekad lalu sehingga sekarang dan kini buntu. Ia perlukan sokongan anda.
"Lubnan juga merayu saudara Arabnya untuk menghulurkan bantuan ekoran krisis ekonomi dan kewangan yang belum pernah berlaku dalam sejarah," kata Salam pada persidangan mengenai Baitulmaqdis di ibu pejabat Liga Arab yang berpangkalan di Kaherah
Beliau turut menyeru negara-negara Arab supaya menangani perbezaan.
"Lubnan merasai penderitaan ini dan masih belum pulih daripada kesan letupan 4 Ogos 2020 yang memusnahkan separuh daripada bandar Beirut," katanya.
Sejak 2019, Lubnan dibelenggu krisis ekonomi yang melumpuhkannya dan menurut Bank Dunia, krisis kewangan negara itu adalah antara yang terburuk pernah berlaku di era moden.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lubnan
#negara arab
#krisis ekonomi
#krisis kewangan
#amin salam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan