awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis elektrik: Operasi lapangan terbang di Manila dijangka pulih dalam masa 3 hari

Bernama
Bernama
02/01/2023
14:09 MYT
Krisis elektrik: Operasi lapangan terbang di Manila dijangka pulih dalam masa 3 hari
Lapangan terbang utama di Manila itu mengalami gangguan bekalan elektrik pada Ahad yang menjejaskan penerbangan selain menyebabkan beribu-ribu penumpang terkandas. - Gambar/ Reuters
ISTANBUL: Perkhidmatan penerbangan di Lapangan Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila, Filipina yang terjejas susulan krisis elektrik dijangka pulih sekurang-kurangnya dalam tempoh 72 jam.
"Setakat semalam, kami menerima kira-kira 20 ketibaan dalam masa sejam. Pada masa ini, kami hanya menerima 15 ketibaan sejam tetapi tiada had untuk pelepasan," kata pengurus besar pihak berkuasa lapangan terbang Cesar Chiong kepada penyiar tempatan ABS-CBN pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
Lapangan terbang utama di Manila itu mengalami gangguan bekalan elektrik pada Ahad yang menjejaskan penerbangan selain menyebabkan beribu-ribu penumpang terkandas.
"Berdasarkan pengalaman kami dalam bencana taufan sebelum ini, syarikat penerbangan memerlukan sekurang-sekurangnya 72 jam untuk mengatasi masalah gangguan bagi membolehkan operasi pulih seperti biasa," kata Chiong.
Sementara itu, pihak berkuasa pengurusan bencana memaklumkan pada Isnin bahawa angka kematian akibat hujan lebat dan banjir yang melanda Filipina pada Krismas telah meningkat kepada 51 orang manakala 19 yang lain masih hilang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lapangan Antarabangsa Ninoy Aquino
#Manila
#krisis elektrik
#Gangguan Perkhidmatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan