awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Gaza serlah keruntuhan tatanan dunia, seru pertahankan multilateralisme - Nurul Izzah

Bernama
Bernama
14/10/2025
12:37 MYT
Krisis Gaza serlah keruntuhan tatanan dunia, seru pertahankan multilateralisme - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, tatanan antarabangsa perlu sekali lagi berfungsi untuk semua negara, bukan sahaja yang berkuasa, dan memastikan keadilan dalam peluang politik serta ekonomi global. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Krisis kemanusiaan dan genosid di Gaza mencerminkan keruntuhan tatanan antarabangsa serta keperluan mendesak untuk mempertahankan multilateralisme, kata Pengerusi Polity Malaysia Nurul Izzah Anwar.
Beliau berkata tatanan antarabangsa perlu sekali lagi berfungsi untuk semua negara, bukan sahaja yang berkuasa, dan memastikan keadilan dalam peluang politik serta ekonomi global.
"Gaza hanyalah permulaan. Apabila anda menyaksikan keruntuhan tatanan antarabangsa, apa lagi yang tinggal? Jadi, kami hadir di sini untuk mempertahankan, memperjuangkan dan berjuang demi multilateralisme, selain menyediakan akses luas kepada pelbagai pilihan dasar untuk rakyat Malaysia.
"Pada 1955, terdapat Persidangan Bandung yang memperlihatkan banyak negara membangun yang mahu dilayan secara adil, diberikan peluang setara, serta peluang ekonomi untuk memajukan rakyat masing-masing. Kami mahu Kuala Lumpur menjadi saksi kepada suara bukan sahaja daripada Global Selatan, malah juga daripada Global Utara yang dibimbing kompas moral," katanya kepada pemberita pada Persidangan Kuala Lumpur mengenai Peraturan Baharu Antarabangsa yang Adil dan Berperikemanusiaan hari ini.
Nurul Izzah berkata penyertaan penceramah dari pelbagai negara termasuk Namibia menyerlahkan lagi kepentingan solidariti global serta misi asal institusi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sementara itu, Ahli Parlimen Islington North Jeremy Corbyn bersetuju bahawa undang-undang antarabangsa mesti ditegakkan dalam menangani krisis kemanusiaan di Gaza, sambil menegaskan bahawa perlu ada pertanggungjawaban terhadap tindakan yang boleh disifatkan sebagai genosid.
Corbyn turut menyuarakan kebimbangan terhadap ketidakjelasan mengenai usaha pembinaan semula Gaza walaupun gencatan senjata sedang berkuat kuasa ketika ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#krisis kemanusiaan
#Gaza
#Palestin
#tatanan antarabangsa
#multilateralisme
#Nurul Izzah Anwar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan