Skip to main content

Malaysia

Banjir di Kuching pulih, dua PPS ditutup

PPS Kuching FB UKAS
PPS Dewan R-Piang dan Dewan Masyarakat Stapok yang dibuka semalam ditutup pada 12 tengah hari tadi. - Gambar fail

KUCHING: Banjir di Kuching pulih sepenuhnya selepas dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup tengah hari ini. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan, PPS Dewan R-Piang dan Dewan Masyarakat Stapok yang dibuka semalam ditutup pada 12 tengah hari tadi.

Advertisement

“Pada 8 pagi tadi, PPS Dewan R-Piang menempatkan 116 mangsa daripada 24 keluarga membabitkan penduduk dari Kampung Sinar Budi Baru, manakala PPS Dewan Masyarakat Stapok menempatkan 225 mangsa daripada 67 keluarga membabitkan penduduk Kampung Desa Ria,” menurut kenyataan JPBN Sarawak.

Beberapa kawasan di bandar raya Kuching dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan pagi semalam.

-- BERNAMA 

 

 

 

Must Watch Video