DAVOS: Perubahan iklim yang kian memuncak ketika ini diramal menjadi penyebab utama 14.5 juta kematian dan kerugian ekonomi sebanyak AS$12.5 trilion, menjelang 2050.
Menurut Laporan Mengukur Kesan Perubahan Iklim terhadap Kesihatan Manusia, yang dikeluarkan Forum Ekonomi Dunia (WEF), di sebalik dapatan membimbangkan itu, masih wujud ruang untuk langkah konkrit diambil oleh pemegang taruh bagi mengurangkan impak kesihatan akibat perubahan iklim.
Selain itu beberapa startegi turut digariskan untuk mengurangkan impak perubahan iklim khususnya terhadap sector penjagaan kesihatan.
“Meskipun banyak diskusi berkaitan impak perubahan iklim terhadap alam sekitar dan ekonomi global, namun kesan besar yang mendesak akibat kenaikan suhu bumi adalah terhadap kesihatan manusia dan sistem penjagaan kesihatan.
“Perkembangan terbaharu (untuk atasi perubahan iklim)) akan menjadi sia-sia melainkan langkah mitigasi dan pengursangan pelepasan karbon kritikal di tambahbaik, tindakan konkrit global dilaksanakan untuk membina iklim berdaya tahan dan sistem kesihatan yang baik,” kata Ketua Pusat Kesihatan dan Penjagaan Kesihatan World Economi Forum, Shyam Bishen.
Laporan itu mengukur kesan perubahan iklim terhadap kesihatan melibatkan dua hasil iaitu kematian dan hilangnya kehidupan yang sihat, serta kos ekonomi terhadap sistem penjagaan kesihatan, yang dijangka meningkat AS$1.1 trilion menjelang 2050.
Analisis yang diambil adalah berdasarkan senario yang dirangka oleh Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) dengan kemungkinan unjuran perubahan suhu bumi sebanyak 2.5 hingga 2.9 selsius berbanding paras sebelum era perindustrian.
Kesan kesihatan akibat perubahan iklim
Laporan itu menganalisis enam kategori bencana disebabkan perubahan iklim yang memberikan kesan negatif kepada kesihatan iaitu banjir, kemarau, gelombang haba, taufan tropika, kebakaran hutan serta peningkatan paras laut.
Kajian itu mendapati banjir menjadi risiko terbesar kematian yang disebabkan perubahan iklim melibatkan sekitar 8.5 juta kematian menjelang 2050.
Manakala kemarau pula yang secara tidak langsung berkait dengan gelombang haba, merekodkan punca kematian sekitar 3.2 juta.
Bagi gelombang haba pula, ia menjadi punca kepada kerugian ekonomi dengan jangkaan AS$7.1 trilion menjelang 2050 susulan pengurangan produktiviti.
Perlunya kerjasama
Di sebalik dapatan membimbangkan itu, kajian terbaharu juga mendapati masih wujud ruang untuk pemegang taruh mengambil keputusan tegas dan strategik untuk mengubah unjuran ini serta mengurangkan kesan kesihatan akibat perubahan iklim.
Kerjasama pelbagai pihak yang diperhebat, merentasi sempadan dan industri, serta transformasi menyeluruh sistem kesihatan global untuk menjadikannya lebih berdaya tahan, boleh disesuaikan dan saksama akan menjadi langkah penting untuk mencapai matlamat ini.
"Analisis kami memberi penerangan tentang kesan mendalam perubahan iklim terhadap kematian, morbiditi dan landskap makroekonomi yang saling berkaitan, dengan sistem penjagaan kesihatan sahaja mungkin perlu menanggung kos tambahan sebanyak $1.1 trilion disebabkan perubahan iklim.
"Adalah jelas bahawa kita memerlukan tindakan yang berterusan jika kita ingin mengurangkan akibat yang meluas akibat perubahan iklim dan memastikan masa depan yang sihat untuk semua." kata Sam Glick, Peneraju Kesihatan Global dan Sains Hayat di Oliver Wyman.
Rangkuman penyelesaian
Kajian itu mencadangan pembangunan sistem kesihatan yang teguh yang mampu bertahan dan pulih dengan cepat daripada kejadian berkaitan iklim.
Selain itu, ia turut menekankan kepentingan untuk mengutamakan penjagaan kesihatan yang berkesan dan mudah diakses dengan menumpukan pada elemen penting seperti perancangan untuk penyesuaian, membina infrastruktur berdaya tahan, pengawasan penyakit, pembinaan kapasiti, penyelidikan dan penyepaduan dasar.
Langkah-langkah pencegahan termasuk ramalan dan meningkatkan kapasiti untuk merawat keadaan berkaitan iklim, terutamanya untuk populasi yang terdedah.
Sistem kesihatan juga harus diberi mandat melibatkan pembangunan rawatan inovatif, sistem penyampaian ubat lebih kukuh dan perancangan perkhidmatan kecemasan.
Sementara itu, bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, ia memerlukan insentif ekonomi dan pembiayaan yang stabil untuk komitmen jangka panjang.
Penglibatan sektor awam dianggap penting untuk meningkatkan kesedaran tentang risiko kesihatan berkaitan iklim dan menyokong inovasi.
Sokongan kerajaan adalah penting untuk menaik taraf infrastruktur, memastikan daya tahan, dan kesediaan kesihatan yang menyeluruh.
Menyedari kepentingan pembiayaan sektor swasta, insentif dilihat sebagai penting dalam menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta.
Insentif utama memacu tindakan sektor swasta yang digariskan termasuk insentif ekonomi (kredit cukai, subsidi), pembolehan kewangan (subsidi pinjaman, jaminan), peraturan (proses kelulusan pantas), dan kesedaran (laporan awam dan keperluan pendedahan).
Najib Aroff
Wed Jan 17 2024
Perubahan iklim yang kian memuncak ketika ini diramal menjadi penyebab utama 14.5 juta kematian dan kerugian ekonomi sebanyak AS$12.5 trilion, menjelang 2050. - Gambar hiasan REUTERS
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Krisis iklim mungkin menyebabkan 14.5 juta kematian menjelang 2050
Perubahan iklim juga bakal membuatkan kerugian ekonomi sebanyak AS$12.5 tirilion.
China, AS ikrar perkasa sinergi tangani perubahan iklim
Menurut Xie, kedua-dua negara akan menubuhkan kumpulan kerja bersama untuk menggerakkan proses multilateral dan melaksanakan Pelan Hala Tuju Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) masing-masing.
Julai 2023 catat bulan terpanas dalam rekod sejak 1880
Julai 2023 mencatatkan suhu lebih panas berbanding bulan lain dalam rekod suhu global sejak 1880.
Presiden Somalia umum peruntukan AS$10 juta perangi krisis iklim
Somalia menjadi negara anggota terbaharu Kesatuan Afrika yang menyertai inisiatif itu yang kini dianggotai 36 negara.
COVID-19: Greta Thunberg sumbang RM431,600 kepada tabung UNICEF
Greta Thunberg menyumbangkan hadiah kemenangan yang diterima daripada Danish Foundation, berupa wang berjumlah AS$100,00 (RM431,600) kepada UNICEF.
Davos 2020: WEF edisi ke-50 angkat isu krisis iklim, alam sekitar
Ketua Pengarang Astro AWANI Kamarul Bahrin Haron yang berada di Zurich akan membincangkan butiran topik yang menjadi bualan hangat di sidang WEF kali ini.