awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Nurul Nazla ditemui selamat
Liga Super: JDT buka tirai tahun 2026 tewaskan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China, AS ikrar perkasa sinergi tangani perubahan iklim

Bernama
Bernama
15/12/2023
08:22 MYT
China, AS ikrar perkasa sinergi tangani perubahan iklim
Kedua-dua negara akan menubuhkan kumpulan kerja bersama untuk menggerakkan proses multilateral dan melaksanakan Pelan Hala Tuju Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) masing-masing.
DUBAI: China dan Amerika Syarikat (AS) menyambut baik Kenyataan Sunnylands mengenai pemerkasaan kerjasama bagi menangani krisis iklim di samping mencapai konsensus berhubung pelaksanaan tindakan iklim pada masa hadapan.
Demikian kata Duta Khas China bagi Hal Ehwal Perubahan Iklim Xie Zhenhua dan Duta Khas Presiden AS untuk Iklim John Kerry dalam sidang media sempena Persidangan Pihak-Pihak ke-28 Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28) di sini, Rabu.
Menurut Xie, kedua-dua negara akan menubuhkan kumpulan kerja bersama untuk menggerakkan proses multilateral dan melaksanakan Pelan Hala Tuju Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) masing-masing.
"Kami sepakat untuk menilai strategi jangka panjang masing-masing berkenaan tindakan iklim mengikut keperluan Perjanjian Paris serta hasil dicapai COP28.
"Berdasarkan itu, kami akan mengemas kini NDC dan mengubah suai keseluruhan strategi pembangunan jangka panjang bagi memastikan Perjanjian Paris dapat dilaksanakan dengan baik," kata Xie.
Dalam pada itu, Kerry berkata menurut Kenyataan Sunnylands, China dan AS bersetuju mempercepat aturan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di kedua-dua negara untuk menggalakkan penggantian penjanaan kuasa berasaskan arang batu, minyak dan gas.
"Kami gembira melihat kerjasama China-AS dapat membantu menggerakkan usaha dilakukan satu sama lain malah mencipta peluang untuk persidangan iklim kali ini dengan menawarkan cadangan yang substantif," kata beliau.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini berkaitan COP28 di sini
Topic Berkaitan
#COP28
#krisis iklim
#arang batu
#Perjanjian Paris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan