awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Rusia-Ukraine: 1,300 tentera Ukraine dilapor terkorban

Astro Awani
Astro Awani
13/03/2022
00:45 MYT
Krisis Rusia-Ukraine: 1,300 tentera Ukraine dilapor terkorban
Foto dikeluarkan Pejabat Media Presiden Ukraine menunjukkan Volodymyr Zelenskyy berucap melalui hantaran di Facebook di Kiev, Ukraine, 12 Mac 2022. (Foto AP)
DIANGGARKAN seramai 1,300 tentera Ukraine terbunuh sejak pencerobohan Rusia ke atas negara jirannya itu.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy membuat pendedahan itu dalam ucapan yang disiarkan menerusi laman Facebook pada Sabtu.
Ini kali pertama Kiev memaklumkan angka korban sejak pertelingkahan antara dua negara itu mula tercetus.
Pada masa sama, beliau mendakwa, Rusia telah kehilangan sekitar 12,000 anggota tentera.
Bagaimanapun, Rusia pada 2 Mac mendakwa, hanya 500 tenteranya yang maut dalam pertempuran itu.
Rusia dilapor mengerahkan 150,000 tentera untuk terlibat dalam pencerobohan terhadap Ukraine.
Rusia turut meningkatkan tekanan ke atas Kiev pada Sabtu, serta bandar-bandar lain di Ukraine, di tengah-tengah usaha baharu untuk membantu bandar pelabuhan Mariupol yang musnah.
Perancis dan Jerman menggesa Presiden Rusia Vladimir Putin menamatkan pencerobohan terhadap Mariupol.
Presiden Perancis Emmanuel Macron turut menuduh Putin berbohong dengan mendakwa tentera Ukraine telah melakukan pencabulan hak asasi manusia.
Topic Berkaitan
#tentera ukraine
#krisis Rusia-Ukraine
#Volodymyr Zelenskyy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan