LONDON: Aliran maklumat palsu dan mengelirukan tentang konflik di Ukraine didakwa semakin meningkat malah kini muncul pula beberapa teori tidak masuk akal yang dikongsi di media sosial selepas kempen pencerobohan di Rusia masuk minggu kedua.
Ada pihak turut mendakwa peperangan tersebut hanyalah 'olok-olok', rekaan media atau sengaja diperbesar-besarkan Barat walaupun media arus perdana sentiasa melaporkan perkembangan terkini operasi ketenteraan tersebut.
BBC menerusi laporan mereka mendedahkan rakaman video yang memaparkan seorang pemuda dengan wajahnya berlumuran darah palsu yang meraih jutaan tontonan di pelbagai platform sebenarnya tiada kaitan dengan peperangan tersebut.
"Ia adalah gambar yang diambil di sebuah set penggambaran siri TV di Kiev berjudul 'Contamin' yang pernah dikongsi di Twitter pada Disember 2020," jelas agensi berita tersebut merujuk kepada dakwaan palsu yang menuduh individu tersebut sebagai 'aktor krisis' yang diupah untuk melakonkan adegan serangan di Kiev.
Selain itu, terdapat juga dakwaan palsu tentang 'mayat bergerak' yang disebarkan secara meluas oleh penyokong pro-Kremlin yang cuba membuktikan peperangan di Ukraine adalah olok-olok dan diuar-uarkan oleh propaganda Barat.
Menurut BBC, rakaman video itu adalah ketika insiden protes anjuran kumpulan aktivis pencinta alam di Vienna pada awal Februari lalu dan 'beg mayat' tersebut menjadi simbol untuk menunjukkan kesan bahaya pelepasan karbon terhadap manusia.
Tangkapan layar menunjukkan dua rakyat Ukraine memegang senapang kayu juga menjadi 'sasaran' penyebaran maklumat palsu sedangkan rakaman itu sebenarnya bertarikh pada pertengahan bulan lalu ketika latihan diberikan kepada orang awam di bandar Kharkiv sebagai persediaan untuk menghadapi pencerobohan Moscow.
Sebuah rakaman memaparkan adegan sekumpulan orang ramai berlari dan menjerit ketakutan mengikut 'arahan' seorang pengarah yang didakwa berlaku di Ukraine turut menjadi tular selepas beberapa pihak mendakwa rangkaian media sengaja mereka situasi tegang di Kiev.
Hasil siasatan BBC mendapati, ia adalah babak dalam filem sains fiksyen berjudul "Invasion Planet Earth" yang dirakamkan di Dataran Victoria di Birmingham pada 2013.
Pengarahnya, Simon Cox juga nyata terkejut melihat klip tersebut disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Difahamkan, terdapat banyak lagi teori pelik yang cuba mencetuskan kekeliruan selain menyebarkan maklumat salah tentang krisis di Ukraine yang sememangnya benar-benar berlaku dan bukan hanya rekaan semata-mata. - Agensi
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 09 2022
Salah satu teori tidak masuk akal itu mendakwa lelaki tersebut sebagai 'aktor krisis' yang diupah untuk melakonkan adegan serangan di Kiev. - Foto Sinar Harian
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Brazil kekal berkecuali dalam perang Rusia-Ukraine - Lula
Katanya, Brazil antara kumpulan negara yang mahu kekal berkecuali dalam usaha menyumbang kepada kemungkinan menamatkan perang.
Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi resolusi mengenai Ukraine yang dikemukakan oleh Kiev dan wakil Kesatuan Eropah sempena setahun pencerobohan Rusia.
Ukraine "tinggalkan" proses rundingan tamatkan konflik - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu Perdana Menteri India, Narendra Modi bahawa Ukraine "meninggalkan" proses rundingan bagi menamatkan konflik Rusia-Ukraine.
Harga makanan melambung, terpaksa catu hidangan utama - Pelajar Malaysia di Rusia
Kesan sekatan ekonomi akibat konflik Rusia-Ukraine menjejaskan aliran kewangan dan cara perbelanjaan sebilangan besar pelajar Malaysia di Rusia.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Belum dilihat bagaimana konflik Rusia-Ukraine dapat diselesaikan, tetapi yang mendapat manfaat yang jelas adalah harga komoditi.
Nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS hari ketiga berturut-turut
Pada jam 9 pagi, nilai mata wang tempatan bertambah kepada 4.1825/1850 berbanding dolar AS.