KUALA LUMPUR: Malaysia yang amat bimbang dengan peningkatan konflik ketenteraan di Ukraine, kesal dengan ketidakupayaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dalam melaksanakan tanggungjawab utamanya untuk memulihara keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Syed Mohamad Hasrin Aidid berkata oleh itu terdapat keperluan untuk sesi khas kecemasan ke-11 Perhimpunan Agung PBB.
Beliau berkata Malaysia memahami kebimbangan keselamatan yang munasabah oleh semua pihak.
"Namun begitu, dalam apa jua keadaan semua pihak mesti mematuhi dan menghormati prinsip kedaulatan dan integriti wilayah semua negara, seperti yang termaktub dalam Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa. Sebarang pelanggaran prinsip yang agung itu tidak boleh diterima," katanya dalam kenyataan pada sesi khas kecemasan ke-11 Perhimpunan Agung PBB.
Kenyataan itu disiarkan melalui akaun twitter rasmi Misi Tetap Malaysia ke PBB di New York.
Syed Mohamad Hasrin berkata pada saat genting ini, Kuala Lumpur menyeru semua pihak untuk bertenang, mengambil langkah konkrit untuk meredakan kemelut dan meneruskan jalan dialog untuk menyelesaikan konflik secara aman.
"Oleh itu, Malaysia menyambut baik rundingan secara bersemuka antara Ukraine dan Rusia di Belarus pada 28 Feb 2022.
"Kami berharap rundingan itu akan diteruskan dan menemui penyelesaian segera untuk mengelakkan kehilangan nyawa dan kemusnahan berterusan," tambahnya.
Beliau berkata Malaysia menyeru semua pihak agar tidak mengambil tindakan sehala yang boleh memburukkan lagi ketegangan dan memberi kesan yang meluas ke serantau dan global.
Syed Mohamad Hasrin juga berkata Malaysia amat bimbang dengan laporan mengenai senjata nuklear yang diletakkan pada status berjaga-jaga tinggi, sambil menyeru semua negara senjata nuklear supaya mematuhi Kenyataan Bersama mereka pada 3 Jan 2022 mengenai mencegah perang nuklear dan mengelak perlumbaan senjata.
"Malaysia menyokong penuh penegasan bahawa "perang nuklear tidak boleh dimenangi dan tidak boleh dimulakan".
"Kami selanjutnya menggesa negara senjata nuklear untuk meneruskan tindakan ke arah pengurangan keadaan berwaspada, pengurangan risiko, dan melaksanakan komitmen dan kewajipan mereka berkaitan pelucutan dan kawalan senjata nuklear," katanya.
Dengan keadaan tegang di lapangan, beliau berkata Malaysia menggesa semua pihak untuk memastikan perlindungan dan kesejahteraan rakyat, khususnya wanita, kanak-kanak, dan kumpulan lain masyarakat yang mudah terancam.
Syed Mohamad Hasrin berkata Malaysia mengulangi komitmennya untuk menyelesaikan pertikaian secara aman, berpandukan prinsip yang termaktub dalam Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa demi kepentingan mengekalkan keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa, serta memperkenalkan kemakmuran yang lebih besar.
"Sehubungan itu, Malaysia akan mengundi menyokong draf resolusi bersama Perhimpunan ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022
Malaysia menggesa semua pihak untuk memastikan perlindungan dan kesejahteraan rakyat, khususnya wanita, kanak-kanak, dan kumpulan lain masyarakat yang mudah terancam. - Gambar/ AP
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
AS salur bantuan tambahan bernilai AS$300 juta kepada Ukraine
Presiden Joe Biden meluluskan pakej ketenteraan baru bernilai AS$300 juta untuk Ukraine, merangkumi peluru untuk dron dan persenjataan.
China akan hantar wakil khas ke Ukraine: Xi maklumkan kepada Zelenskyy dalam perbualan telefon
China konsisten dan jelas dalam kesediaannya untuk membangunkan hubungan dua hala dengan Ukraine, kata Xi kepada Zelenskyy.
Jawatankuasa Olimpik Afrika sokong atlet Rusia dan Belarus bertanding di bawah bendera neutral
Ahli ANOCA sebulat suara memutuskan untuk menyokong penyertaan atlet Rusia dan Belarus dalam semua pertandingan antarabangsa.
Rusia mahu tamatkan krisis di Ukraine secepat mungkin - Menteri Luar
Melindungi nyawa askar dan orang awam adalah keutamaan bagi Moscow, kata Lavrov.
Zelensky berucap kepada rakyat Ukraine sempena Hari Natal
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky meminta rakyatnya untuk kekal tabah berdepan serangan.
Amaran serangan udara diaktifkan seluruh Ukraine pada Sabtu
Dengan menggunakan saluran komunikasi, pegawai tempatan meminta orang ramai mencari tempat perlindungan.
Tiga sidang kemuncak serantau dijangka dapat bantu akhiri krisis Ukraine - TPM Thailand
Ia pertama kali seumpamanya membabitkan pihak-pihak berkepentingan berkumpul sebagai peserta di tiga lokasi di Asia Tenggara.
[KOLUMNIS] Ekonomi Ayam - Mesti ada 'common-sense, make sense'
Sejak bermulanya peperangan Russia-Ukraine pada tahun ini, harga makanan global telah meningkat lagi sebanyak 12%.
Rusia bakal tinggalkan ISS selepas 2024
Rusia akan beri tumpuan kepada usaha membina pos luar orbitnya sendiri.
Rusia nafi serang pelabuhan Ukraine selepas perjanjian mengenai bijirin - Menteri Turkiye
Pihak berkuasa Rusia memaklumkan ia tidak terlibat dalam serangan ini serta sedang meneliti isu itu dengan terperinci.