awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Rusia-Ukraine: Menteri Luar ASEAN gesa gencatan senjata segera

Bernama
Bernama
04/03/2022
10:40 MYT
Krisis Rusia-Ukraine: Menteri Luar ASEAN gesa gencatan senjata segera
Gesaan itu dibuat selepas Sidang Khas Kecemasan Ke-11 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima pakai resolusi "Keganasan Terhadap Ukraine". - Gambar fail
JAKARTA: Menteri Luar ASEAN menggesa gencatan senjata segera atau perjanjian pelucutan senjata dan pelanjutan dialog politik yang akan membawa kepada keamanan yang mampan di Ukraine.
Gesaan itu dibuat selepas Sidang Khas Kecemasan Ke-11 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima pakai resolusi "Keganasan Terhadap Ukraine".
Resolusi itu menuntut bahawa "Persekutuan Rusia segera menghentikan kekerasan terhadap Ukraine dan menghindari sebarang ancaman atau penggunaan kekerasan yang melanggar undang-undang terhadap mana-mana negara anggota PBB."
Dalam satu kenyataan pada Khamis, menteri-menteri luar menekankan kepentingan gencatan senjata bagi membolehkan rundingan untuk menangani krisis semasa dan mengelak penderitaan terhadap orang awam yang meluas.
"Menteri Luar ASEAN amat bimbang dengan keadaan yang semakin tegang dan keadaan kemanusiaan yang semakin buruk akibat tindakan ketenteraan yang berterusan di Ukraine," menurut satu kenyataan yang disiarkan di laman web ASEAN.
Menteri-menteri Luar itu juga mengulangi keyakinan mereka bahawa masih ada ruang dialog damai bagi mengelakkan keadaan tidak terkawal dan menghentikan peningkatan jumlah kerugian dan korban awam dan tentera, serta kesan negatif yang dirasai di seluruh dunia.
"ASEAN bersedia untuk memudahkan, dalam apa cara sekalipun, dialog damai antara pihak yang berkenaan," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#krisis Rusia-Ukraine
#Menteri Luar ASEAN
#PBB
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan