awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Rusia-Ukraine: Zelenskyy rayu Belarus tidak bekerjasama dengan Rusia

Astro Awani
Astro Awani
27/06/2022
01:00 MYT
Krisis Rusia-Ukraine: Zelenskyy rayu Belarus tidak bekerjasama dengan Rusia
Volodymyr Zelenskyy mendakwa kepimpinan Rusia kini cuba untuk mengajak rakyat Belarus dalam peperangan dan menyemai kebencian terhadap Ukraine. - Foto fail/AP
KIEV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy merayu kepada rakyat Belarus supaya tidak bekerjasama dengan tentera Rusia.
Dakwanya, kepimpinan Rusia kini cuba untuk mengajak rakyat Belarus dalam peperangan dan menyemai kebencian terhadap Ukraine.
"Saya ingin menyampaikan ucapan kepada rakyat Belarus, orang awam mahupun mereka yang berjawatan. Rusia sedang menarik anda ke dalam peperangan.
"Hidup anda tidak bermakna bagi mereka. Namun anda semua bukan hamba. Anda tidak perlu mati dan saya tahu anda semua menyokong Ukraine," katanya.
Belarus menjadi tuan rumah Unit Ketenteraan Rusia dan digunakan sebagai tempat sebelum Rusia menyerang Ukraine, tetapi tenteranya masih belum menyeberangi sempadan.
Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu Presiden Belarus Alexander Lukashenko bahawa Rusia merancang untuk membekalkan Belarus dengan sistem peluru berpandu.
Topic Berkaitan
#Volodymyr Zelenskyy
#Rusia
#Belarus
#peperangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan