awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mayat wanita dijumpai terapung di kolam tadahan Shah Alam
Ahli politik maut ditembak di ibu negara Bangladesh
UK siap sedia hadapi "bom cuaca" susulan Ribut Goretti melanda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DJ Dave kekal bersemangat menyumbang kepada dunia seni

Bernama
Bernama
07/01/2026
20:45 MYT
DJ Dave kekal bersemangat menyumbang kepada dunia seni
DJ Dave bercakap ketika ditemu bual Bernama selepas Majlis Penutup Fusion Art Malaysia 2025 di Capital Fine Art. - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Legenda muzik tanah air Datuk DJ Dave kekal bersemangat untuk terus menyumbang kepada industri hiburan biarpun kini meniti usia 78 tahun.
Dave atau nama sebenarnya Irwan Shah Abdullah, berkata istilah "memperlahankan" karier seni tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya, malah percaya kekal aktif adalah kunci kepada kesihatan fizikal dan mental.
"Sehingga kini, saya masih aktif buat persembahan terutama di Sabah. Saya tak pernah berhenti menyanyi sebab bagi saya the day you decide to retire, is the day you go down. Kita mesti aktifkan otak kita," katanya kepada Bernama di sini.
Selain masih tekun menjalani latihan vokal, pelantun lagu Ingin Bersua dan Maafkanlah itu turut aktif bersukan termasuk bermain badminton, selain mengamalkan disiplin ketat dalam rutin harian bagi memastikan tubuh kekal cergas seiring peningkatan usia.
Menurutnya, senaman dan gaya hidup sihat perlu berjalan seiring dengan pemakanan seimbang, termasuk pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
"Tidur pun kena jaga. Saya cuba tidur awal dan elakkan makan supper. Regiment hidup ini sangat penting supaya badan dan minda sentiasa segar," katanya.
Sebagai Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), beliau turut menekankan kepentingan sikap positif dan kebersihan hati dalam menjalani kehidupan yang sejahtera.
Dalam pada itu, Dave berkata YKAT komited untuk terus menyokong anak-anak seni yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama, dengan yayasan itu telah membantu lebih 2,000 artis di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DJ Dave
#menyumbang kepada seni
#Irwan Shah Abdullah
#karier seni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan