awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Rusia-Ukraine: Biden tegaskan AS tidak akan berperang di Ukraine

Sinar Harian
Sinar Harian
02/03/2022
04:25 MYT
Krisis Rusia-Ukraine: Biden tegaskan AS tidak akan berperang di Ukraine
Biden juga melabelkan Putin sebagai diktator semasa berucap hampir seminggu selepas Moscow menyerang negara jirannya itu. - Foto AP
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) tidak akan terlibat dalam konflik ketenteraan di Ukraine yang kini diceroboh oleh Rusia, kata Presidennya, Joe Biden pada Selasa.
Beliau membuat penegasan itu semasa membuat ucapan pertamanya pada Kongres AS di bangunan Capitol, Washigton.
"Biar saya jelaskan, tentera kami tidak terlibat dan tidak akan terlibat dalam konflik dengan tentera Rusia di Ukraine," kata pemimpin daripada parti Demokrat itu.
Biden juga menyatakan bahawa dunia telah meminggirkan Presiden Rusia, Vladimir Putin kerana beliau telah menghantar tentera ke Ukraine.
Beliau juga menyatakan bahawa sekatan yang dahsyat akan melemahkan kekuatan ekonomi Rusia dan ketenteraannya.
"Putin sekarang terpencil dari dunia lebih daripada apa yang dialaminya," kata Biden.
Presiden AS itu berkata, rakan sejawatan dari Rusia itu tidak tahu apa yang akan terjadi dari segi hukuman dan ekonomi ekoran melancarkan serangan ke atas Ukraine pada Khamis lalu.
Beliau juga melabelkan Putin sebagai diktator semasa berucap hampir seminggu selepas Moscow menyerang negara jirannya itu.
"Seorang diktator Rusia, menyerang negara asing di seluruh dunia.
"Dalam pertempuran antara demokrasi dan autokrasi, demokrasi meningkat hingga saat ini dan dunia jelas memilih sisi keamanan," katanya. - Agensi
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Joe Biden
#konflik ketenteraan di Ukraine
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan