awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Rusia-Ukraine: Turkiye mahu tingkat rundingan bersama Rusia, Ukraine

Astro Awani
Astro Awani
06/07/2022
02:00 MYT
Krisis Rusia-Ukraine: Turkiye mahu tingkat rundingan bersama Rusia, Ukraine
Kata Erdogan, pihaknya akan meningkatkan perbincangan dalam masa seminggu atau 10 hari dan cuba mencapai keputusan. - Foto REUTERS
ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berhasrat untuk memperhebatkan rundingan bersama Rusia dan Ukraine.
Hasrat itu adalah dengan mencapai perjanjian mengenai rancangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengeksport bijirin Ukraine ke pasaran dunia.
Turkiye sedang bekerjasama dengan PBB, Ukraine dan Rusia dalam pelan PBB untuk membolehkan jutaan bijirin Ukraine yang berada dalam silo dihantar melalui koridor selamat di Laut Hitam.
Kata Erdogan, pihaknya akan meningkatkan perbincangan dalam masa seminggu atau 10 hari dan cuba mencapai keputusan.
Erdogan berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Perdana Menteri Itali, Mario Draghi.
Ukraine adalah salah satu pengeksport terbesar dunia bagi gandum, jagung dan minyak bunga matahari.
Tetapi pencerobohan Rusia dan sekatan pelabuhannya telah menghentikan sebahagian besar aliran itu, membahayakan bekalan makanan ke banyak negara membangun, terutamanya di Afrika.
Sementara itu, Draghi memuji kemungkinan perjanjian itu sebagai penting bukan sahaja untuk mendapatkan bijirin dan baja kepada negara berpendapatan rendah, tetapi ia akan mewakili kali pertama Ukraine dan Rusia mencapai persetujuan selepas berperang.
Minggu lalu, Draghi berkata rancangan PBB untuk mengeksport bijirin Ukraine melalui koridor laut yang selamat boleh menjimatkan beberapa minggu hingga sebulan masa yang berharga untuk mengosongkan silo sebelum penuaian musim luruh kerana ia tidak memerlukan pemusnahan pelabuhan.
Beliau berkata rancangan itu memerlukan kelulusan akhir Rusia.
Topic Berkaitan
#Recep Tayyip Erdogan
#Rusia
#Ukraine
#rundingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan