awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
Remaja perempuan 19 tahun maut jatuh tingkat 19 kondominium
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuartet Dialog Kebangsaan Tunisia pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2015

Astro Awani
Astro Awani
09/10/2015
14:05 MYT
Kuartet Dialog Kebangsaan Tunisia pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2015
Kuartet Dialog Kebangsaan Tunisia bersaing dengan 273 penyertaan lain bagi merebut anugerah penuh prestij berkenaan. - Gambar fail
Gabungan empat organisasi masyarakat sivil yang dikenali sebagai Kuartet Dialog Kebangsaan Tunisia telah memenangi Hadiah Nobel Keamanan pada Jumaat atas sumbangannya membina demokrasi selepas Revolusi Jasmin pada 2011, kata Jawatankuasa Nobel.
Revolusi Jasmin merupakan revolusi yang bermula pada penghujung tahun 2010. Ia menyaksikan penggulingan Presiden Zine El Abidine Ben Ali pada Januari 2011 dan diikuti dengan pilihan raya demokratik bebas yang pertama negara itu tahun lalu.
Kuartet Dialog Kebangsaan Tunisia dibentuk daripada Kesatuan Buruh Am Tunisia (UGTT), Konfederasi Perindustrian, Perdagangan dan Kraf Tangan Tunisia (UTICA), Liga Hak Asasi Manusia Tunisia (LTDH), dan Perintah Peguam Tunisia.
Diasaskan ketika musim panas 2013, kuartet itu telah membantu proses pendemokrasian di Tunisia ketika negara itu berada di ambang kehancuran, ujar jawatankuasa tersebut.
GALERI: Pemenang-pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2015
Cetusan alternatif
Memainkan peranan penting sebagai perantara antara pelbagai parti di Tunisia, kuartet berkenaan dipuji berikutan fungsinya menganjurkan dialog kebangsaan antara parti-parti Islam dan gabungan sekular sewaktu krisis politik dan ekonomi memuncak pada 2013.
“Ia mencetus sebuah alternatif dan proses politik yang aman ketika negara sedang menghadapi perang saudara.
"Lebih daripada segalanya, hadiah itu bertindak sebagai galakan kepada rakyat Tunisia. Walaupun berdepan cabaran besar, mereka telah menyediakan platform untuk persaudaraan kebangsaan dan pihak jawatankuasa berharap itu akan menjadi contoh untuk diikuti negara-negara lain,” kata ketua jawatankuasa Kaci Kullman Five.
Kuartet itu bersaing dengan 273 penyertaan lain bagi merebut anugerah penuh prestij berkenaan.
Hadiah Nobel Keamanan yang menawarkan ganjaran bernilai 8 juta crown Sweden (RM4.3 juta) akan disampaikan di Oslo pada 10 Disember.
Topic Berkaitan
#Hadiah Nobel Keamanan
#Kuartet Dialog Kebangsaan
#National Dialog Quartet
#nobel
#Tunisia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan