KUALA LUMPUR: Gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) baru-baru ini supaya kuasa veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dimansuhkan, merupakan langkah ke hadapan dalam memastikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kembali kepada asas pembentukannya.
Pengkritik menyifatkan veto sebagai elemen PBB paling tidak demokratik, dan merupakan punca utama tiada tindakan diambil terhadap jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, seperti dilihat dalam konflik dan krisis yang berlarutan di dunia terutama di Palestin, Myanmar dan Ukraine.
Dalam Kenyataan Negara pada UNGA ke-77 Jumaat lepas, Ismail Sabri menggesa agar kuasa veto UNSC dimansuhkan, selaras dengan prinsip satu negara satu undi, selain gesaan yang semakin meningkat supaya UNSC, organisasi utama PBB, disusun semula.
Perdana Menteri menegaskan lima anggota tetap UNSC (China, Perancis, Rusia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS)) yang mempunyai kuasa veto, menggunakannya untuk manfaat mereka sendiri, dan bukan demi kepentingan dunia.
Malah, sebelum Ismail Sabri, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah menyuarakan pendiriannya mengenai kuasa veto dengan menggesa penguasaan lima anggota tetap UNSC itu ditamatkan.
Pendirian Malaysia untuk menghapuskan kuasa veto ahli tetap UNSC itu turut dikongsi ramai ahli PBB, seorang ahli strategi pertahanan dan ahli geostrategi melihat gesaan itu (menghapuskan kuas veto) tidak akan berjaya.
Timbalan Pengarah Penyelidikan di Pusat Kajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (CDiSS) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Adam Leong berkata Perdana Menteri dengan jelas menyatakan bahawa sudah sampai masanya kuasa veto P5 (lima tetap) UNSC, sisa daripada Perang Dunia Kedua, yang tidak menggambarkan dinamik dunia hari ini, disusun semula.
Leong berkata sepanjang sejarah PBB, banyak konflik tercetus, namun UNSC tidak bertindak akibat veto atau ancaman veto daripada ahli tetap yang ingin melindungi kepentingan negara sendiri dan sekutu mereka.
"Prinsip payung 'keselamatan kolektif' PBB tidak berfungsi. Dunia telah berubah dan melupakannya," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, pakar geostrategi Prof Azmi Hassan berkata cadangan untuk menstruktur semula UNSC bagi meningkatkan keberkesanan dan kredibilitinya hanya dapat diwujudkan dengan persetujuan semua lima kuasa veto sedia ada.
Felow Kanan di Akademi Nusantara bagi Penyelidikan Strategik (NASR) itu berkata cadangan untuk menstruktur semula badan pembuat keputusan tertinggi PBB tidak akan ke mana tanpa persetujuan lima kuasa besar, sekali gus menyukarkan badan dunia itu untuk kembali kepada asasnya.
"Untuk menyusun semula (UNSC), anda memerlukan persetujuan lima kuasa besar... tidak mungkin mereka akan bersetuju...walaupun 187 negara lain bersetuju dengan penstrukturan semula UNSC. Tanpa persetujuan lima kuasa besar itu, cadangan itu kekal sebagai cadangan, dan amat sukar untuk PBB kembali ke asasnya," katanya kepada Bernama sebagai respons kepada kenyataan perdana menteri pada UNGA.
Azmi berkata setiap negara kuasa veto, telah menggunakan kuasa berkenaan untuk menyekat tindakan yang mereka percaya mengancam kepentingan mereka, tanpa mengambil kira manfaat awam yang lebih besar.
"Sebagai contoh, perang Ukraine-Rusia. Ia tidak dapat diselesaikan kerana kuasa veto yang dimiliki oleh Rusia... resolusi yang telah diputuskan tidak dapat dilaksanakan berhubung perang di Ukraine," katanya sambil mengaitkannya dengan resolusi UNSC pada awal tahun ini yang menggesa Rusia segera menghentikan serangkan ke atas Ukraine dan menarik balik semua tenteranya, telah diveto oleh Rusia.
Pada Mei, Rusia dan China menggunakan kuasa veto mereka untuk menghalang resolusi UNSC yang dirangka oleh UK, yang menyuarakan kebimbangannya terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meningkat di Myanmar.
Jelas, kuasa veto menyebabkan UNSC tidak bertaring dan tidak mampu memenuhi matlamat yang dikatakan untuk mengekalkan keamanan global.
"Ini menunjukkan kuasa veto yang dimiliki lima kuasa besar itu akan terus menjadi penghalang dalam menyelesaikan sesuatu isu atau konflik global," katanya,
Leong juga bersetuju dengan Azmi bahawa walaupun desakan yang semakin meningkat untuk perubahan, percubaan untuk reformasi kuasa veto dalam UNSC tidak mudah.
"Satu daripada sebabnya ialah sebarang tindakan diputuskan PBB, hanya UNSC, yang 'dikawal' oleh anggota P5 yang mempunyai kuasa veto, mempunyai kuasa untuk melaksanakan keputusan PBB.
"P5 tidak akan mudah melepaskan kuasa veto eksklusif mereka. Kuasa veto mereka dalam badan paling berkuasa di PBB memberi mereka prestij, pengaruh dan kawalan ke atas PBB," katanya.
Menurut data World Population Review, Rusia paling banyak menggunakan kuasa vetonya, sebanyak 120 kali, diikuti AS sebanyak 82 kali. UK telah menggunakan kuasa vetonya sebanyak 29 kali, Perancis 16 kali manakala China sebanyak 17 kali, sebahagian besarnya digunakan dalam tempoh sepuluh tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 26 2022
Pengkritik menyifatkan veto sebagai elemen PBB paling tidak demokratik, dan merupakan punca utama tiada tindakan diambil terhadap jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan. - Gambar/ Reuters
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberikan ruangan untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan pengiklanan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Resolusi gencatan senjata: AS perlu atasi Israel, hormati kehendak masyarakat antarabangsa - PM Anwar
Resolusi itu perlu dikuatkuasakan sekarang dengan mengambil kira bulan Ramadan yang bertujuan melahirkan renungan dan pembaharuan iman.
Dunia sambut baik resolusi UNSC tuntut gencatan senjata di Gaza
Israel kritik anggota Majlis Keselamatan PBB yang didakwa sepatutnya mengundi menentang resolusi yang tidak tahu malu.
Israel batal lawatan ke Washington selepas AS benarkan resolusi gencatan senjata PBB di Gaza diluluskan
Ketegangan antara Amerika dan Israel semakin terserlah susulan keputusan AS untuk berkecuali dalam meluluskan resolusi gencatan senjata.
Gencatan senjata di Gaza: Malaysia sambut baik resolusi Majlis Keselamatan PBB
Malaysia sambut baik resolusi Majlis Keselamatan PBB berhubung gencatan senjata serta-merta di Gaza, pada Isnin.
Majlis Keselamatan PBB tuntut gencatan senjata segera di Gaza tanpa veto AS
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menuntut gencatan senjata segera antara Israel dan Hamas.
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB gagal buat resolusi gencatan senjata
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB sekali lagi gagal membuat resolusi gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel.
Lima anggota tidak tetap UNSC mulakan tugas
Algeria, Guyana, Korea Selatan, Sierra Leone dan Slovenia pada Selasa mengambil peranan sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB.
14 terbunuh, 108 cedera dalam serangan Ukraine ke atas bandar Belgorod, Rusia
Kementerian Pertahanan Rusia berkata Ukraine menggunakan dua peluru berpandu jenis Olkha dan pelancar roket Vampire.
Undian Majlis Keselamatan PBB mengenai bantuan kemanusiaan Gaza ditangguh
Majlis Keselamatan PBB (UNSC) menangguhkan buat kali keempat undian mengenai draf resolusi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.