awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kucing boleh jangkiti kucing lain tanpa menunjukkan simptom - Kajian

Nailah Huda
Nailah Huda
14/05/2020
03:47 MYT
Kucing boleh jangkiti kucing lain tanpa menunjukkan simptom - Kajian
Kajian terbaharu mendapati kucing boleh menjangkiti kucing lain, namun tidak mengalami sebarang simptom. -Gambar hiasan
KUCING didapati boleh menjangkiti kucing lain dengan COVID-19 walaupun mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom.
Kajian terbaharu yang diterbitkan pada Rabu dalam New England Journal of Medicine itu dijalankan oleh Yoshihiro Kawaoka, pakar virus terkemuka dari Universiti Tokyo serta saintis lain dari Universiti Wisconsin.
Mereka, bagaimanapun, mendapati masih tiada bukti kukuh yang menunjukkan kucing boleh menyumbang kepada penularan COVID-19, lapor AP.
Dalam kajian itu, pengkaji menjangkiti tiga kucing dengan virus tersebut.
Selepas ketiga-tiga kucing itu bergaul dengan kucing lain yang sihat selama beberapa hari, kucing lain dikesan turut dijangkiti virus berkenaan.
Namun, tiada seekor kucing yang terlibat menunjukkan simptom lazim seperti perbezaan suhu badan atau kehilangan berat badan.
“Melihat kepada keperluan untuk menghentikan pandemik koronavirus ini melalui pelbagai mekanisme, pemahaman lebih mendalam tentang bagaimana kucing boleh menyebarkan SARS-CoV-2 kepada manusia adalah perlu,” kata kumpulan pengkaji itu kepada New England Journal of Medicine.
SARS-CoV-2 was detected in three cats after they were cohoused with cats that had been experimentally inoculated with the virus. Cats may be a silent intermediate host of SARS-CoV-2. #COVID19 #SARSCoV2
— NEJM (@NEJM) May 13, 2020
Dalam pada itu, belum ada bukti yang menunjukkan COVID-19 boleh dijangkiti dari haiwan ke manusia.
Sebelum ini, dua kucing pertama di New York yang disahkan positif wabak itu menunjukkan sedikit simptom respiratori, namun dijangka akan pulih sepenuhnya.
Selain itu, tiga singa dan harimau di Zoo Bronx, New York turut didapati positif virus berkenaan.
Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) menyarankan agar pemilik memastikan haiwan peliharaan mereka kekal di dalam rumah serta mengamalkan penjarakan sosial sekiranya perlu dibawa keluar.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#haiwan peliharaan
#Kajian
#koronavirus
#kucing
#New England Journal of Medicine
#New York
#Universiti Tokyo
#Yoshihiro Kawaoka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan