JAKARTA: Pemimpin kewangan ekonomi terbesar dunia meminta pendekatan berhati-hati dan diselaraskan dengan baik untuk mengemudi pemulihan daripada wabak COVID-19.
Pertemuan yang diadakan pada Khamis dan Jumaat di Jakarta, Indonesia meletakkan asas bagi Sidang Kemuncak Pemimpin G20 pada akhir tahun ini.
Gabenor Bank Pusat Indonesia, Perry Warjiyo berkata, kumpulan 20 negara (G20) bersetuju tentang keperluan menentukan dengan teliti langkah Amerika Syarikat dan negara lain memerangi inflasi dengan menaikkan kadar faedah serta melonggarkan langkah lain bagi menampan ekonomi daripada wabak COVID-19.
Sehingga lewat petang Jumaat, para pemimpin masih belum mengeluarkan kenyataan mereka.
Tetapi pegawai Indonesia menyatakan bahawa kebanyakan perkara yang dibincangkan dibawa daripada perbincangan tahun lalu seperti dasar cukai global, pembiayaan iklim dan pembiayaan untuk kesihatan awam yang lebih baik.
Inflasi telah mendorong harga makanan, tenaga dan keperluan penting lain meningkat secara mendadak pada masa ketika banyak negara masih cuba mengawal wabak COVID-19.
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menarik balik sokongan besar-besaran untuk pasaran dan perniagaan, bersiap sedia untuk menaikkan kadar faedah sejurus bulan depan untuk mengurangkan inflasi yang melonjak kepada 7.5 peratus pada Januari.
Harga pengguna meningkat kepada rekod 5.1 peratus di 19 negara yang menggunakan Euro bulan lepas dan ke paras tertinggi hampir 30 tahun di United Kngdom.
Tuan rumah Indonesia adalah antara banyak negara di Asia Tenggara yang telah mengalami gelombang jangkitan yang teruk, walaupun vaksinasi telah membantu mengurangkan impak wabak.
Astro Awani
Sat Feb 19 2022
Pemimpin kewangan ekonomi terbesar dunia bertemu di Jakarta, Indonesia. - Foto REUTERS
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Global kini perhatikan Malaysia, sikap terbuka tapi tegas jadi tarikan - PM Anwar
Malaysia semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa, hasil daripada pendirian diplomatik dan dasar perdagangan yang inklusif serta tegas.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa.
Presiden Paraguay dimasukkan ke hospital, sakit dada semasa Sidang Kemuncak G20
Santiago Pena dikejarkan ke hospital pada Selasa selepas mengalami sakit dada.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Malaysia ambil bahagian Sidang Kemuncak G20 selepas 9 tahun
Kehadiran PM Anwar atas kapasiti negara jemputan disambut oleh Presiden Brazil, Luiz Incio Lula da Silva selaku tuan rumah.
Perang di Ukraine yang dijangka meningkat jadi tumpuan G20 esok
Keputusan AS benarkan Ukraine lancar peluru berpandunya ke Rusia akan menjadi tumpuan dalam agenda Sidang Kemuncak G20 esok.
PM Anwar tiba di Brazil sempena lawatan rasmi, hadiri Sidang Kemuncak G20
Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Pangkalan Tentera Udara Galeao Rio De Janeiro di Brazil pada pukul 10.24 malam 16 Nov waktu tempatan.
Dunia menanti tindakan tegas pemimpin G20 terhadap perubahan iklim
Simon Stiell berharap pemimpin-pemimpin G20 yang akan berkumpul di Rio de Janeiro dapat melakukan tindakan iklim yang lebih berani untuk kelangsungan ekonomi.
Tiada konflik kepentingan wujud antara China, Eropah - PM China
Tidak ada konflik geopolitik antara China dan Eropah, apatah lagi konflik kepentingan asas, kata Perdana Menteri China Li Qiang pada Ahad.
Sidang Kemuncak G20 satu kejayaan, kata Menteri Luar Rusia
Sidang Kemuncak G20 di India akan beri dorongan positif kepada pembaharuan Dana Kewangan Antarabangsa dan Organisasi Perdagangan Dunia.