Kumpulan sivil dan wakil media di Taiwan mengecam penangkapan taikun media Hong Kong (HK), Jimmy Lai dan penyerbuan yang dilaksanakan di syarikatnya, Apple Daily.

Kolumnis Apple Daily yang kini menetap di Taiwan, Sang Pu berkata ramai netizen masih mahu membeli satu salinan Apple Daily meskipun surat khabar berkenaan kosong pada hari ini.

Katanya, ia menunjukkan bahawa semangat rakyat HK masih membara.

Selain itu, Tseng Chien-yuan, Pengerusi New School for Democracy yang juga ahli akademik di Taiwan juga berkata, mereka merupakan rakan sekutu rakyat HK.

Oleh itu, katanya, mereka perlu bersatu untuk menentang rejim yang tidak sah tersebut.

Pada pagi Isnin, polis HK menangkap Lai di kediamannya.






Selepas ditahan, Lai dibawa ke ibu pejabat syarikat medianya, Next Digital di mana sekurang-kurangnya 200 anggota polis menggeledah serta mengepung kawasan berkenaan sehingga mencetuskan kekecohan dengan kakitangan syarikat itu.

Penahanan ini merupakan kes berprofil tinggi pertama di bawah Undang-undang Keselamatan Negara yang dikenakan Beijing ke atas wilayah itu pada Jun.

Next Digital antara lain menerbitkan tabloid Apple Daily yang diasaskan Lai pada 1995, menjelang penyerahan Hong Kong oleh Britain kepada China.

Seperti Lai, Next Digital juga mempunyai pendirian pro-demokrasi dan sering menggesa pembacanya untuk mengambil bahagian dalam protes pro-demokrasi.