MOSCOW: Kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman melancarkan enam peluru berpandu di selatan Laut Merah dan Teluk Aden pada Selasa, dengan satu daripada peluru berpandu mengakibatkan kerosakan kecil kepada sebuah kapal milik Greece, menurut Komando Pusat AS (CENTCOM), lapor Sputnik.
Dalam satu kenyataan di X, CENTCOM berkata serangan Houthi ke atas kapal MV Star Nasia, sebuah kapal kargo yang menggunakan bendera Kepulauan Marshall kira-kira 3.20 pagi waktu tempatan tidak menyebabkan kecederaan kepada kru kapal.
"Pada 6 Feb, dari kira-kira 1.45 pagi hingga 4.30 petang waktu tempatan (2245 GMT pada Isnin hingga 1330 GMT pada Selasa) kumpulan Houthi yang disokong Iran menembak enam peluru berpandu balistik anti-kapal (ASBM) dari kawasan yang dikawal Houthi di Yaman ke arah selatan Laut Merah dan Teluk Aden.
"Tiga daripada peluru berpandu menyasarkan kapal MV Star Nasia, dengan satu daripadanya meletup berhampiran kapal dan hanya mengakibatkan kerosakan kecil," menurut CENTCOM.
CENTCOM berkata peluru berpandu kedua jatuh ke laut manakala peluru berpandu ketiga berjaya dipintas kapal pemusnah AS. Kapal kargo Greece itu kemudian meneruskan pelayaran ke destinasinya.
Menurut CENTCOM baki tiga peluru berpandu Houthi dipercayai menyerang kapal MV Morning Tide, sebuah kapal kargo milik UK yang menggunakan berbendera Barbados.
Serangan itu tidak menyebabkan kecederaan atau kerosakan pada kapal dan kru. MV Morning Tide kemudian meneruskan perjalanan ke destinasinya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024
Gambar fail menunjukkan seorang pejuang kumpulan Houthi sedang berkawal ketika upacara rekrut anggota baharu dijalankan, di Sanaa, Yaman, 11 Januari 2024. -Gambar fail/REUTERS
[KOLUMNIS] PRK KKB: UMNO ‘king maker’ senyap?
Di Kuala Kubu Baharu, UMNO dilihat sebagai penentu dan king maker dengan menghadiahkan satu blok undi, dalam jumlah yang besar.
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
Thailand umum rancangan jadi hab penerbangan Asia Pasifik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan rancangan tiga peringkatnya untuk menjadi hab penerbangan di rantau ini. Ia bakal meningkatkan kapasiti pengembara udara kepada 270 juta orang setahun menjelang 2037 dan menjadi antara lima negara teratas dalam logistik udara di Asia-Pasifik.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Kumpulan Houthi lancar enam peluru berpandu di Laut Merah - Centcom
Kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman melancarkan enam peluru berpandu di selatan Laut Merah dan Teluk Aden pada Selasa.
Tentera AS tembak jatuh peluru berpandu Houthi yang disasar ke kapal perang
Peluru berpandu itu ditembak dari Yaman ke arah kapal perang USS Laboon di Laut Merah.