awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Megat D Shahriman tawar diri rebut jawatan Presiden FAM
Tahun Baharu China: PLUS aktifkan 32 lokasi Smart Lane
Lelaki didakwa edar methamphetamine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan jihad Negara Islam dakwa penggal wartawan AS

Agensi
Agensi
20/08/2014
00:35 MYT
Kumpulan jihad Negara Islam dakwa penggal wartawan AS
Foley merupakan seorang wartawan berpengalaman yang pernah membuat liputan perang di Libya sebelum menuju ke Syria. -AFP PHOTO/NICOLE TUNG
Kumpulan jihad Negara Islam pada Selasa mendakwa telah membunuh wartawan Amerika Syarikat (AS) James Foley bagi membalas dendam atas serangan udara AS terhadap pejuang mereka dan mengancam untuk membunuh seorang lagi wartawan.
Kumpulan Sunni itu mengeluarkan satu video menunjukkan seorang ahli militan bertopeng memenggal kepala Foley, yang telah hilang sejak beliau diculik oleh kumpulan bersenjata di Syria pada bulan November 2012.
Tahanan kedua yang diperkenalkan sebagai wartawan Amerika Syarikat Steven Sotloff yang masih hidup, namun diberi amaran bahawa nasibnya bergantung kepada arahan Presiden AS, Barack Obama untuk menghentikan tindakan ketenteraan terhadap kumpulan jihad.
Jurucakap Rumah Putih berkata perisikan AS sedang mengkaji video.
"Jika tulen, kami terkejut dengan pembunuhan kejam seorang wartawan AS yang tidak bersalah dan kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan kawan-kawannya," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara Caitlin Hayden.
Foley merupakan seorang wartawan berpengalaman yang pernah membuat liputan perang di Libya sebelum menuju ke Syria bagi mengikuti pemberontakan menentang rejim Bashar al-Assad untuk Agence France-Presse (AFP), portal berita GlobalPost dan media lain.
‘Find James Foley’, satu kempen yang dikendalikan oleh keluarganya bagi mendapatkan pembebasan wartawan berusia 40 tahun itu, memuat naik video yang meminta masa "untuk mendapatkan jawapan."
Keluarga Foley telah berkempen tanpa henti untuk kebebasan beliau, menekankan bahawa beliau adalah seorang wartawan bebas yang cuba untuk memberitahu cerita Syria secara adil kepada dunia dan perlu dibebaskan.
Menurut saksi, Foley diculik di wilayah Idlib pada 22 November 2012. Keluarganya tidak mendengar khabar dari beliau sejak itu, walaupun dengan adanya kempen awam untuk mendapatkan maklumat.
Penculikan Sotloff pada Ogos tahun lalu tidak mendapat laporan media secara meluas. Beliau menulis untuk beberapa akhbar dan majalah Amerika Syarikat, termasuk Time, Foreign Policy dan Christian Science Monitor.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#James Foley
#penggal
#Steven Sotloff
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan