awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan pembebas umum kerajaan Syria tumbang, Bashar al-Assad larikan diri

Agensi
Agensi
08/12/2024
05:15 MYT
Kumpulan pembebas umum kerajaan Syria tumbang, Bashar al-Assad larikan diri
Pemberontak mengisytiharkan Damsyik sebagai wilayah bebas daripada cengkaman pemimpin tersebut. - Gambar/ Reuters
KUMPULAN pembebas Syria mendakwa mereka telah berjaya menawan ibu kota Damsyik, sekali gus mengumumkan kejatuhan kerajaan pimpinan Bashar al-Assad.
Dalam satu kenyataan rasmi, kumpulan itu menyatakan, Assad juga telah melarikan diri ke lokasi yang tidak diketahui.
Mereka turut mengisytiharkan Damsyik sebagai wilayah bebas daripada cengkaman pemimpin tersebut.
Bunyi tembakan dan letupan turut kedengaran di pusat bandar Damsyik di mana kumpulan yang menentang kerajaan pimpinan Assad meneruskan kemaraan mereka untuk menawan lebih banyak kawasan.
[TERKINI] Kerajaan Syria tumbang, Bashar al-Assad larikan diri
Kemaraan mereka di Damsyik menyusul selepas kumpulan itu mendakwa mereka berjaya membebaskan bandar Homs, yang menjadi kubu kuat kerajaan.
Dalam pada itu, imej yang dikongsi di media sosial pula turut mendedahkan ratusan banduan dibebaskan daripada penjara Saydnaya, salah sebuah pusat tahanan yang menempatkan ramai penentang presiden.
Konflik yang meruncing itu turut mendapat perhatian dunia termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang menyatakan akan memantau rapat situasi berkenaan.
Pada 29 Nov, kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (dahulunya dikenali sebagai Nusra Front, yang diharamkan di Rusia) bersama beberapa kumpulan bersenjata lain melancarkan operasi besar-besaran terhadap kerajaan Syria, bergerak dari utara wilayah barat laut Idlib ke arah bandar Aleppo dan Hama.
Sehari kemudian, Aleppo, bandar kedua terbesar di Syria berada di bawah kawalan penuh buat kali pertama sejak konflik bermula pada 2011.
Pada 5 Dis, Kementerian Pertahanan Syria mengumumkan bahawa angkatan bersenjata Syria telah berundur dari bandar Hama selepas pertempuran sengit.
Topic Berkaitan
#Syria
#Bashar al-Assad
#syria tumbang
#rampasan kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan