awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua NATO sambut baik kemajuan usaha 'tamatkan perang Ukraine'
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS kurangkan bilangan vaksin disyorkan untuk kanak-kanak, doktor bimbang risiko penyakit

Agencies
Agencies
06/01/2026
01:00 MYT
AS kurangkan bilangan vaksin disyorkan untuk kanak-kanak, doktor bimbang risiko penyakit
Amerika Syarikat mengambil langkah luar biasa dengan mengurangkan bilangan vaksin yang disyorkan untuk setiap kanak-kanak. - Gambar hiasan
WASHINGTON: Amerika Syarikat mengambil langkah luar biasa dengan mengurangkan bilangan vaksin yang disyorkan untuk setiap kanak-kanak, tindakan yang dikritik hebat oleh kumpulan perubatan kerana dikhuatiri menjejaskan perlindungan terhadap beberapa penyakit serius.
Perubahan yang berkuat kuasa serta-merta itu menyaksikan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) kini hanya mengesyorkan vaksin bagi 11 jenis penyakit kepada semua kanak-kanak.
Antara yang tidak lagi disyorkan secara menyeluruh ialah vaksin influenza, rotavirus, hepatitis A dan B, beberapa jenis meningitis serta RSV.
Sebaliknya, vaksin tersebut hanya disyorkan kepada kumpulan berisiko tinggi atau berdasarkan keputusan bersama antara doktor dan ibu bapa.
Pegawai pentadbiran Trump menegaskan keluarga yang mahu mendapatkan vaksin tersebut masih boleh berbuat demikian dan kosnya akan terus ditanggung insurans.
Namun pakar perubatan memberi amaran keputusan ini boleh menimbulkan kekeliruan dan meningkatkan risiko penyakit yang boleh dicegah.
Di Amerika Syarikat, kuasa mewajibkan vaksin untuk murid sekolah terletak pada kerajaan negeri.
Walaupun garis panduan CDC sering mempengaruhi peraturan negeri, beberapa negeri dilaporkan mula membentuk pakatan sendiri bagi menolak panduan baharu pentadbiran Trump.
Langkah ini dibuat ketika kadar vaksinasi di AS semakin merosot dan jumlah kanak-kanak yang mendapat pengecualian mencapai paras tertinggi, menurut data persekutuan.
Dalam masa sama, kes penyakit seperti campak dan batuk kokol yang boleh dicegah melalui vaksin dilaporkan meningkat.
Arahan Presiden Trump
Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Awam (HHS) memaklumkan semakan semula ini dibuat atas arahan Presiden Donald Trump pada Disember lalu, yang meminta panduan vaksin AS diselaraskan dengan negara maju lain.
HHS mendakwa AS sebelum ini menjadi ‘outlier’ kerana bilangan vaksin dan dos yang disyorkan lebih tinggi berbanding 20 negara rakan.
Pegawai HHS menyifatkan, perubahan ini sebagai usaha meningkatkan kepercayaan awam dengan hanya mengekalkan vaksin paling penting.
Antara vaksin yang kekal disyorkan ialah campak, batuk kokol, polio, tetanus, cacar air dan HPV, namun dos HPV dikurangkan kepada satu suntikan bagi kebanyakan kanak-kanak.
Trump dalam kenyataan di platform Truth Social menyifatkan jadual baharu ini sebagai “lebih munasabah” dan “selari dengan negara maju lain.”
Pakar Perubatan Bimbang
Kumpulan pakar perubatan memberi amaran keputusan ini dibuat tanpa perbincangan awam atau semakan data yang telus, sekali gus berisiko meningkatkan kemasukan ke hospital dan kematian yang boleh dicegah.
“Langkah meninggalkan vaksin influenza, hepatitis dan rotavirus serta mengubah cadangan vaksin HPV tanpa proses awam akan membawa kepada lebih banyak kematian dalam kalangan kanak-kanak,” kata Michael Osterholm dari Vaccine Integrity Project.
American Academy of Pediatrics turut mengkritik langkah ini dengan, menegaskan setiap negara menetapkan jadual vaksin berdasarkan tahap penyakit dan sistem kesihatan masing-masing.
“Kesihatan dan nyawa kanak-kanak kini dipertaruhkan,” kata Dr Sean O’Leary.
Keputusan ini juga dibuat tanpa pandangan jawatankuasa penasihat vaksin CDC, malah beberapa pegawai kanan HHS mengakui proses semakan tidak melibatkan ketelusan yang sepatutnya.
Langkah ini dilihat selari dengan pendirian skeptikal Robert F. Kennedy Jr., Setiausaha Kesihatan AS, yang sebelum ini mengarahkan CDC menghentikan cadangan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak sihat dan wanita hamil, serta memecat keseluruhan jawatankuasa penasihat vaksin CDC.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#vaksin kanak-kanak
#Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit
#Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan