awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS kurangkan tempoh permit kerja pendatang kepada 18 bulan

Bernama
Bernama
05/12/2025
13:15 MYT
AS kurangkan tempoh permit kerja pendatang kepada 18 bulan
Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen AS (USCIS) berkata perubahan itu akan membolehkan pemeriksaan lebih kerap dilakukan terhadap warga asing. - Foto hiasan/REUTERS
WASHINGTON: Pentadbiran Trump pada Khamis mengumumkan akan mengetatkan dasar imigresen dengan memendekkan tempoh permit kerja untuk pelarian, pencari suaka dan pendatang lain di Amerika Syarikat (AS) daripada lima tahun kepada 18 bulan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen AS (USCIS) berkata perubahan itu akan membolehkan pemeriksaan lebih kerap dilakukan terhadap warga asing.
The Wall Street Journal melaporkan bahawa pelarasan itu menjejaskan ratusan ribu orang, selain memberi kesan kepada syarikat yang bergantung pada pencari suaka yang memegang permit kerja, termasuk firma pembungkusan daging.
Imigresen menjadi tumpuan utama pentadbiran Presiden AS Donald Trump.
Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, hampir dua juta orang telah meninggalkan AS sejak Trump mengambil alih jawatan pada Januari, termasuk 530,000 pengusiran dan 1.6 juta orang yang "berhijrah pulang secara sukarela".
Pentadbiran itu berkata ia menyasarkan untuk meningkatkan pengusiran kepada 600,000 menjelang akhir tahun. Rumah Putih menggambarkan perpindahan ini sebagai sebahagian daripada "pengusiran besar-besaran" yang berterusan.
Di kebanyakan bandar yang selalunya ditadbir oleh Parti Demokrat, pegawai Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam Persekutuan (ICE) menyasarkan pendatang yang didakwa melakukan jenayah.
The Washington Post melaporkan bahawa di ibu negara Washington, 80 peratus daripada mereka yang ditahan tidak mempunyai rekod sabitan jenayah.
Pada 11 Ogos, Trump mengisytiharkan darurat keselamatan awam di Washington, mendakwa bandar raya itu dipenuhi "kumpulan ganas dan penjenayah haus darah." Sejak itu, pasukan ICE telah menahan kira-kira 1,100 orang di ibu negara.
--BERNAMA-dpa
TAG: AS, ketatkan, dasar imigresen, pendatang, permit kerja
Topic Berkaitan
#permit kerja pendatang
#Amerika Syarikat
#USCIS
#kurangkan tempoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan