awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuwait tubuhkan kerajaan baharu

Bernama
Bernama
19/06/2023
04:20 MYT
Kuwait tubuhkan kerajaan baharu
Kerajaan baharu yang mempunyai 15 menteri termasuk lima muka baharu itu merupakan kerajaan kelima yang dibentuk oleh Sheikh Ahmad Nawaf (foto) sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 Julai 2022. -Gambar fail/Reuters
BANDARAYA KUWAIT: Kerajaan baharu Kuwait yang diketuai Sheikh Ahmad Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah telah ditubuhkan pada Ahad, lapor Xinhua memetik laporan Agensi Berita Kuwait (KUNA).
Kerajaan baharu yang mempunyai 15 menteri termasuk lima muka baharu itu merupakan kerajaan kelima yang dibentuk oleh beliau sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 Julai 2022.
Pembentukan kerajaan baharu itu turut menyaksikan kembalinya Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Ahmad Al-Sabah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, manakala Sheikh Talal Khaled Al-Ahmad Al-Sabah kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri I dan Sheikh Salem Abdullah Al-Jaber Al-Sabah kekal berkhidmat sebagai Menteri Luar.
Pada 7 Jun, kerajaan Kuwait yang sebelum ini telah meletakkan jawatan, menurut KUNA.
Kemudian pada 13 Jun dekri diraja dikeluarkan untuk melantik semula Sheikh Ahmad Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah sebagai perdana menteri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan baharu Kuwait
#Sheikh Ahmad Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah
#Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Ahmad Al-Sabah
#Sheikh Talal Khaled Al-Ahmad Al-Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan