Ringkasan AI
- Lebih 10,000 tetamu hadir memeriahkan majlis resepsi YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah di Muar, Johor pada Ahad.
- Majlis bertemakan kenduri rakyat itu dihadiri tetamu dari pelbagai lokasi termasuk Singapura, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.
- Pasangan ini akan mengadakan resepsi serupa di Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober selepas majlis di MITEC dan Muar.
LEBIH 10,000 tetamu hadir memeriahkan majlis resepsi pasangan pengantin baharu, Ahli Parlimen Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pelakon, Bella Astillah yang berlangsung di Muar, Johor pada Ahad.
Majlis yang bertemakan kenduri rakyat itu bukan sahaja menghimpunkan penduduk setempat, malah turut menerima kehadiran tetamu dari pelbagai lokasi termasuk Singapura, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.
Kehadiran ribuan tetamu itu sekali gus mencerminkan sokongan serta doa orang ramai buat pasangan berkenaan yang kini memulakan kehidupan baharu sebagai suami isteri.
Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella Astillah, sah bergelar suami isteri pada 10 Oktorber 2026 dengan sekali lafaz.
Pasangan itu dinikahkan oleh Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan mas kahwin RM500.
Selepas melakukan resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dan di Muar, Johor yang bertemakan kenduri rakyat khusus untuk rakyat Malaysia, pasangan ini juga akan mengadakan resepsi yang sama di Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober. -- Gempak