awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kyiv: Rusia bebaskan 130 tahanan Ukraine sempena Easter

Bernama
Bernama
16/04/2023
14:27 MYT
Kyiv: Rusia bebaskan 130 tahanan Ukraine sempena Easter
Setakat ini, pihak Rusia belum membuat sebarang pengesahan berhubung perkara itu. - Gambar Reuters
KYIV: Seramai 130 askar Ukraine telah dibebaskan daripada tahanan Rusia pada perayaan Orthodox Easter, menurut sumber Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Pertukaran tahanan yang hebat sempena Easter," kata ketua pejabat presiden Ukraine, Andriy Yermak, di Telegram pada Ahad.
Beliau turut memuat naik gambar yang menunjukkan berpuluh-puluh lelaki dengan bendera Ukraine biru dan kuning.
"130 orang kita akan kembali," katanya.
Yermak berkata pertukaran itu dilaksanakan dalam beberapa peringkat sejak beberapa hari lalu.
Setakat ini, pihak Rusia belum membuat sebarang pengesahan berhubung perkara itu.
Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine sejak lebih setahun lalu iaitu bermula pada 24 Feb 2022.
Pada minggu lalu, pertukaran tahanan antara kedua-dua pihak telah diadakan membabitkan sejumlah 200 askar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ukraine
#Orthodox Easter
#pertukaran tahanan
#operasi ketenteraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan