BISHKEK: Republik Kyrgyz hari ini menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata hasrat itu dizahirkan oleh rakan sejawatnya Pengerusi Menteri-Menteri Kabinet Republik Kyrgyz Akylbek Zhaparov pada pertemuan mereka di Kediaman Negara Ala Archa di sini petang tadi.
"Beliau kalau boleh minta supaya (kita) melantik seseorang yang boleh menjadi penasihat kepada kerajaan (Republik Kyrgyz). Itu tahap penghormatan dan pengiktirafan mereka kepada kerajaan Malaysia.
"... maknanya, apabila hendak berunding tentang soal seperti penswastaan, projek-projek hidro, lebuh raya atau penggalian emas umpamanya, mereka minta kalau boleh kita beri nasihat dan (kongsi) pengalaman kita untuk bantu," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian kepada media Malaysia pada sidang akhbar sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke republik itu atas jemputan Presiden Sadyr Zhaparov.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata hasrat kerajaan Republik Kyrgyz itu akan dibincang pada mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.
Perdana Menteri juga berpandangan lantikan seorang penasihat itu bukan hanya bersifat hubungan dua hala tetapi juga memberi peluang kepada pelabur dari Malaysia memandangkan terdapat pelbagai bidang kerjasama untuk diterokai antara kedua-dua negara.
Beliau juga berkata antara perkara yang menarik perhatian negara itu terhadap Malaysia ialah sektor halal dan Lembaga Tabung Haji kerana Republik Kyrgyz amat berminat untuk mengetahui secara terperinci tentang pengurusan haji dan pentadbiran badan berkenaan.
Anwar berkata Republik Kyrgyz, dengan majoriti penduduk Islam yang dahulunya adalah sebahagian daripada Kesatuan Soviet, sangat menghormati Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan berminat untuk mengikuti beberapa kaedah pelaksanaan serta pembaharuan yang dilakukan oleh negara ini.
Menyentuh mengenai pelancongan, Perdana Menteri berkata sektor itu amat berpotensi untuk diperkasa antara Malaysia dan Republik Kyrgyz memandangkan kedua-dua negara mempunyai tarikan tersendiri.
"Republik Krygyz mempunyai kawasan pergunungan manakala (rakyat) mereka sangat berminat dengan hutan dan pantai di negara kita," katanya.
Anwar berkata kerajaan negara itu juga memohon supaya pelajarnya diberikan lebih banyak peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Malaysia.
Ditanya mengenai lawatan rasmi beliau ke negara-negara di Asia Tengah yang turut meliputi Kazakhstan dan Uzbekistan selepas ini, Perdana Menteri berkata rantau itu mempunyai potensi besar dalam aspek usaha sama untuk diterokai.
"Ada kepentingan strategik di sini. Pertamanya ia ada kekuatan, dekat dengan Rusia dan China. Kepintaran dan pandangannya membantu kita sebagai negara yang membangun," kata beliau.
Mengulas mengenai kerjasama dengan Republik Kyrgyz yang terjalin sejak 1992, Anwar berkata sudah tiba masanya kerjasama itu diperkasa kerana ia memberi faedah kepada Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
![Kyrgyz zahirkan hasrat Malaysia lantik penasihat kepada kerajaan republik itu - PM Kyrgyz zahirkan hasrat Malaysia lantik penasihat kepada kerajaan republik itu - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715790011_TBAnwarIbrahim.jpg)
Anwar berkata hasrat itu dizahirkan oleh Akylbek Zhaparov pada pertemuan mereka di Kediaman Negara Ala Archa. - Gambar Bernama
Kemasukan UK buka akses ke pasaran utama eksport - PM
Anwar menegaskan langkah utama termasuk menyepadukan grid tenaga Thailand dan Laos dalam rangkaian ASEAN yang lebih luas serta mengeksport tenaga hidroelektrik Sarawak ke Singapura.
![Polis siasat dua kes penipuan bernilai lebih RM2.3 juta Polis siasat dua kes penipuan bernilai lebih RM2.3 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718803228_LogoPDRM.jpg)
Polis siasat dua kes penipuan bernilai lebih RM2.3 juta
Polis sedang menyiasat dua kes penipuan membabitkan pembekalan produk kecantikan dan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
SEZ Johor-Singapura, eratkan integrasi dalam ASEAN
Anwar menegaskan langkah utama termasuk menyepadukan grid tenaga Thailand dan Laos dalam rangkaian ASEAN yang lebih luas serta mengeksport tenaga hidroelektrik Sarawak ke Singapura.
Syria benarkan PBB bentuk zon penampan dengan Israel
Syria bersedia untuk untuk menerima kemasukan pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membentuk zon penampan dengan Israel.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia juga akan melakukan apa sahaja dalam mencapai hal tersebut termasuk melakukan libat urus secara langsung dengan wakil Amerika Syarikat (AS), selain memanfaatkan hubungan baik dengan Mesir dan Hamas.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Januari 2025.
![MyCC tumpaskan lima kes kartel libatkan penalti RM415.5 juta tahun lepas - Armizan MyCC tumpaskan lima kes kartel libatkan penalti RM415.5 juta tahun lepas - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720591696_ArmizanMohdAli.jpg)
MyCC tumpaskan lima kes kartel libatkan penalti RM415.5 juta tahun lepas - Armizan
Sebanyak RM1.5 juta penalti kewangan turut dikenakan terhadap 15 syarikat kerana terlibat dalam kartel tipuan bida.
![PM Anwar kunjungi Battersea Power Station, projek pembangunan semula terbesar di Eropah PM Anwar kunjungi Battersea Power Station, projek pembangunan semula terbesar di Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737040213_TBBattersea.jpg)
PM Anwar kunjungi Battersea Power Station, projek pembangunan semula terbesar di Eropah
Kunjungan tersebut antaranya untuk melihat projek pembangunan semula seluas 42 ekar yang berpusat di sekitar Battersea Power Station.
![Penganiyaan haiwan: Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan Penganiyaan haiwan: Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734848932_tbkucingmatiUM.jpg)
Penganiyaan haiwan: Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil sebarang tindakan yang dilaporkan oleh aktivis kebajikan haiwan.
![Kyrgyz zahirkan hasrat Malaysia lantik penasihat kepada kerajaan republik itu - PM Kyrgyz zahirkan hasrat Malaysia lantik penasihat kepada kerajaan republik itu - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715790011_TBAnwarIbrahim.jpg)
Kyrgyz zahirkan hasrat Malaysia lantik penasihat kepada kerajaan republik itu - PM
Republik Kyrgyz hari ini menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Pengasas BCorp Vincent Tan lepas jawatan Pengerusi, kekal sebagai penasihat Pengasas BCorp Vincent Tan lepas jawatan Pengerusi, kekal sebagai penasihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-09/81536752464_TSVincentTan.jpg)
Pengasas BCorp Vincent Tan lepas jawatan Pengerusi, kekal sebagai penasihat
Vincent Tan akan menggalas tugas sebagai penasihat dan memberi nasihat kepada Lembaga Pengarah selain menyokong pertumbuhan kumpulan.
![Anwar terima teguran, akan beri penjelasan lantikan Nurul Izzah Anwar terima teguran, akan beri penjelasan lantikan Nurul Izzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71675168848_MajlisPelancaranWa.jpg)
Anwar terima teguran, akan beri penjelasan lantikan Nurul Izzah
Anwar berkata beliau terbuka menerima setiap teguran, dan akan memberikan penjelasan berhubung pelantikan Nurul Izzah selaku Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.
![Imran dakwa penasihatnya didera secara seksual ketika ditahan di Islamabad Imran dakwa penasihatnya didera secara seksual ketika ditahan di Islamabad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649425181_TBImranKhan.jpg)
Imran dakwa penasihatnya didera secara seksual ketika ditahan di Islamabad
Imran juga dikatakan telah dihalang untuk melawat Gill yang dirawat di Institut Sains Perubatan Pakistan (PIMS) Islamabad.
![Isteri penasihat terbaik suami! Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isteri Isteri penasihat terbaik suami! Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630985564_PengantinPerkahwin.jpg)
Isteri penasihat terbaik suami! Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isteri
Buruk baik diri kita ini hanya isteri sahaja yang tahu. Dia hadap setiap hari 1,001 kelakuan kita tanpa mengeluh.
![Rakyat Malaysia antara 7 pakar dipilih anggotai badan kesihatan ulung di Jepun Rakyat Malaysia antara 7 pakar dipilih anggotai badan kesihatan ulung di Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61611419805_TBDhesi.jpg)
Rakyat Malaysia antara 7 pakar dipilih anggotai badan kesihatan ulung di Jepun
Dr Dhesi Baha Raja berkongsi kegembiraan dipilih sebagai salah seorang penasihat Mitsubitshi Centre of Global Health Architecture
![Isu pelantikan Zainol Fadzi sebagai Penasihat MB selesai Isu pelantikan Zainol Fadzi sebagai Penasihat MB selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41523627354_MuhammadNurManuty.jpg)
Isu pelantikan Zainol Fadzi sebagai Penasihat MB selesai
Dr Muhammad Nur Manuty berkata anggota NGO berkenaan telah bertemu Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu kira-kira 12.49 tengah hari tadi di pejabat menteri besar bagi mendapatkan penjelasan terperinci.
![Tanpa sokongan Zainol, kerajaan Pakatan mungkin sekadar impian - Exco Perak Tanpa sokongan Zainol, kerajaan Pakatan mungkin sekadar impian - Exco Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71528453077_DatukZainolFadzi.jpg)
Tanpa sokongan Zainol, kerajaan Pakatan mungkin sekadar impian - Exco Perak
Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata tanpa sokongan tersebut kemungkinan kerajaan Perak hari ini masih lagi menjadi impian para penyokong.
![Zainol Fadzi dilantik penasihat MB Perak Zainol Fadzi dilantik penasihat MB Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71528453077_DatukZainolFadzi.jpg)
Zainol Fadzi dilantik penasihat MB Perak
Pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Manik itu telah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selain dipersetujui Majlis PH Perak.
![Mengapa senyap ketika pelantikan Apandi, soal Syed Saddiq Mengapa senyap ketika pelantikan Apandi, soal Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51525835078_SyedSaddiq.jpg)
Mengapa senyap ketika pelantikan Apandi, soal Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, timbul persoalan mengapa ada halangan dalam pelantikan Peguam Negara yang baharu, namun dikunci mulut apabila Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik.