awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
Parti pemerintah Kosovo dahului pilihan raya Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kyrgyzstan lucut semua anugerah negara bekas Presiden Atambayev

Bernama
Bernama
29/12/2025
20:00 MYT
Kyrgyzstan lucut semua anugerah negara bekas Presiden Atambayev
Atambayev menyerahkan kuasa kepada penggantinya dan sekutunya, Sooronbai Jeenbekov selepas pilihan raya 2017. Tidak lama kemudian, beberapa kes jenayah dibuka terhadapnya. - Reuters
BISHKEK: Presiden Kyrgyzstan Sadyr Japarov telah menandatangani satu dekri bagi melucutkan semua anugerah negara yang dikurniakan kepada bekas Presiden Almazbek Atambayev, menurut kenyataan pejabat presiden pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Menurut kenyataan itu, Presiden Republik Kyrgyzstan, Sadyr Japarov, menandatangani dekri berikutan keputusan Mahkamah Daerah Pervomaisky di Bishkek pada 3 Jun 2025, yang melucutkan anugerah negara berikut daripada Almazbek Sharshenovich Atambayev: anugerah tertinggi "Kyrgyz Respublikasynyn Baatyry" (Wira Republik Kyrgyzstan), Darjah Manas Darjah II, Darjah Danaker serta Pingat Danaker.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa perintah yang memberikan anugerah berkenaan kepada Atambayev telah dibatalkan. Dekri itu juga mengarahkan Perkhidmatan Bailif Pejabat Pendakwa Raya Kyrgyzstan untuk merampas anugerah dan dokumen berkaitan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Atambayev menyerahkan kuasa kepada penggantinya dan sekutunya, Sooronbai Jeenbekov selepas pilihan raya 2017. Tidak lama kemudian, beberapa kes jenayah dibuka terhadapnya. Beliau kehilangan status sebagai bekas presiden dan berhadapan pertuduhan jenayah serius.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dekri
#tarik balik anugerah negara
#Kyrgyzstan
#Almazbek Atambayev
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan