awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratusan ribu sertai perarakan Black Nazarene di Filipina
Kematian Zara Qairina buka mata aspek keselamatan, hanya 28 peratus CCTV sekolah berfungsi - Fadhlina
Vijay Singh kembali ke PGA Tour 2026 pada usia 63 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lahirkan tiga anak dalam sebulan

Astro Awani
Astro Awani
29/03/2019
07:19 MYT
Lahirkan tiga anak dalam sebulan
Bayi kembar lelaki dan perempuan itu dilahirkan sihat dan dibenarkan keluar hospital tanpa sebarang komplikasi pada 25 Mac lalu, lapor portal berita BBC. - Gambar hiasan
Seorang wanita Bangladesh yang mempunyai dua rahim melahirkan anak kembar tidak seiras hampir sebulan selepas kelahiran bayi lelaki pramatang.
Arifa Sultana, 20 tahun, melahirkan bayi pertama itu pada akhir Februari lalu dan kira-kira 26 hari kemudian dia dikejarkan semula ke hospital kerana mengalami sakit perut.
Doktor mendapati dia sedang hamil anak kembar dalam uterus kedua dan mereka terpaksa melakukan caesarean kecemasan.
Bayi kembar lelaki dan perempuan itu dilahirkan sihat dan dibenarkan keluar hospital tanpa sebarang komplikasi pada 25 Mac lalu, lapor portal berita BBC.
Arifa dari kawasan luar bandar melahirkan anak pertamanya di Khulna Medical College Hospital di daerah Khulna.
"Apabila kami lakukan ujian ultra bunyi, kami mendapati terdapat bayi kembar. Kami sangat terkejut dan tidak pernah menemui kes seperti ini," kata pakar sakit puan, Dr Sheila Poddar di Hospital Ad-din.
Menurutnya, wanita itu tidak tahu dia hamilkan anak kembar.
Topic Berkaitan
#arifa sultana
#bayi
#dr sheila poddar
#hospital ad-din
#khulna medical college hospital
#rahim
#wanita Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan