awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan utama di sempadan Pakistan-Afghanistan dibuka semula

Bernama
Bernama
15/09/2023
08:55 MYT
Laluan utama di sempadan Pakistan-Afghanistan dibuka semula
Beribu-ribu orang dan lori perdagangan dibenar untuk meruskan perjalanan selepas terperangkap di lintasan sempadan Torkham selama 10 hari. - AP
ISLAMABAD: Laluan utama di sempadan antara Pakistan dan Afghanistan dibuka semula pada Jumaat selepas lebih seminggu ditutup berikutan pergolakan berdarah.
Beribu-ribu orang dan lori perdagangan dibenarkan untuk meruskan perjalanan selepas terperangkap di lintasan sempadan Torkham selama 10 hari, kata Mohamed Idrees dari pasukan sempadan Khyber Rifles.
Torkham, satu daripada dua laluan utama di sempadan telah ditutup pada 6 Sept lalu ekoran pertempuran antara tentera kedua-dua negara.
Serangan militan terhadap anggota tentera Pakistan di sempadan telah memburukkan lagi ketegangan.
Islamabad berkata militan dari Taliban Pakistan, kumpulan yang berbeza daripada militia pemerintah Afghanistan, melancarkan serangan dari tempat persembunyian di Afghanistan.
Bagaimanapun, Kabul menafikan dakwaan itu.
Pembukaan semula sempadan itu dibuat selepas Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi, memberi jaminan kepada Islamabad bahawa pihaknya akan memastikan bahawa aktiviti militan akan dikekang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Serangan Taliban Pakistan telah meragut kira-kira 80,000 nyawa dalam beberapa dekad, jumlah ini meningkat berlipat kali ganda sejak 2021.
Perdana Menteri Pakistan Anwaar Kakar berkata minggu ini pemerintah Afghanistan mesti memenuhi komitmen di bawah perjanjian Doha 2020 untuk memastikan kawasan mereka tidak digunakan oleh militan.
Tentera Pakistan dan Afghanistan yang sering berbalas tembakan di sempadan sepanjang 2,600 kilometer telah menambahkan lagi kekacauan.
Beribu-ribu rakyat Afghanistan menyeberangi Torkham setiap hari untuk mendapatkan rawatan di hospital di Pakistan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sempadan
#pakistan-afghanistan
#pergolakan berdarah
#Torkham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan