Beribu-ribu pekerja sektor kesihatan Sepanyol meneruskan bantahan mereka ke atas langkah penjimatan ketat kerajaan.

Dalam protes terbaru ini, mereka menentang tindakan kerajaan menswastakan khidmat kesihatan kebangsaan.

Mereka yang berarak menuju pusat bandaraya Madrid memegang sepanduk yang mengatakan penjagaan kesihatan bukan untuk dijual dan ia harus dipertahankan.

Menurut jurucakap persatuan pakar perubatan Madrid mereka akan terus membantah ke atas kehilangan khidmat penjagaan kesihatan awam yang dianggap sebagai warisan kebangsaan.

Sektor penjagaan kesihatan dan kesihatan negara itu kini ditadbir oleh 17 negara berautonomi Sepanyol dan bukannya kerajaan pusat.

Menerusi langkah penjimatan itu, kerajaan Sepanyol mencadangkan supaya pengurusan enam daripada 20 hospital awam serta 27 daripada 268 pusat kesihatan di jual.

Kerajaan mendakwa penjualan dan pemotongan bajet kesihatan diperlukan bagi menjamin penjagaan kesihatan berterusan sepanjang tempoh kemelesetan.

Banyak tanah jajahan di Sepanyol kini bergelut dengan masalah hutang susulan masalah hartanah yang tercetus pada 2008 lalu.