awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Langkah segera" diperlukan ke arah gencatan senjata Gaza, PM Britain beritahu Presiden Israel

Bernama
Bernama
29/07/2024
12:45 MYT
"Langkah segera" diperlukan ke arah gencatan senjata Gaza, PM Britain beritahu Presiden Israel
Perdana Menteri Britain Keir Starmer memberitahu Presiden Israel Isaac Herzog di Paris bahawa perlu ada "langkah segera" ke arah gencatan senjata di Gaza. - Gambar fail/AP
LONDON: Perdana Menteri Britain Keir Starmer memberitahu Presiden Israel Isaac Herzog di Paris bahawa perlu ada "langkah segera" ke arah gencatan senjata di Gaza, lapor Agensi Anadolu.
"Perdana Menteri berkata mesti ada langkah segera ke arah gencatan senjata, supaya tebusan boleh dibebaskan dan lebih banyak bantuan kemanusiaan boleh dihantar untuk membantu mereka yang sangat memerlukan," kata pejabat Starmer dalam satu kenyataan pada Ahad.
Kedua-duanya juga membincangkan kesinambungan kerjasama dua hala dalam bidang utama seperti perdagangan dan pelaburan.
Israel, yang melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata segera, telah menghadapi kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejamnya yang berterusan ke atas Gaza sejak serangan 7 Okt.
Lebih sembilan bulan selepas serangan Israel, lebih 39,300 rakyat Palestin telah terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta lebih 90,800 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Israel dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), yang keputusan terbarunya memerintahkannya untuk segera menghentikan operasi ketenteraannya di bandar selatan Rafah, yang lebih 1 juta rakyat Palestin telah mencari perlindungan daripada perang sebelum ia diserang pada 6 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Britain Keir Starmer
#langkah segera
#gencatan senjata di Gaza
#Presiden Israel Isaac Herzog
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan