awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan maut dalam letupan bom tepi jalan di Afghanistan

Agensi
Agensi
04/11/2019
12:35 MYT
Lapan maut dalam letupan bom tepi jalan di Afghanistan
Salah seorang mangsa yang masih menerima rawatan di Hospital Baghlan. - AP/Mehrab Ibrahimi
SEKURANG-KURANGNYA lapan terbunuh dalam letupan bom tepi jalan yang berlaku di utara wilayah Baghlan pada Isnin.
Ketua Hospital Baghlan, Mohammad Anwar Wardak mengesahkan kematian lapan orang awam manakala enam orang lagi masih menerima rawatan di hospital susulan mengalami kecederaan.
Seorang jurucakap polis tempatan berkata wanita dan kanak-kanak antara yang tercedera dalam serangan pada Isnin yang berlaku di luar ibu kota wilayah Baghlan, Puli Khumri iaitu di kawasan Dand Shabuddin.
Tiada kumpulan militan yang mengaku tanggungjawab atas serangan berkenaan.
Bagaimanapun, kawasan yang diserang itu berada di bawah kawalan Taliban.
Kumpulan Taliban mempunyai pengaruh yang kuat di wilayah tersebut dan menjadikan pasukan keselamatan Afghanistan di dalam dan juga sekitar Puli Khumri sebagai sasaran.
Pada September lalu, pemberontak Taliban menyerang Puli Khumri dan menyekat lebuh raya utama yang menuju ke Kabul untuk lebih daripada seminggu.
Buat setakat ini, Taliban menguasai separuh daripada Afghanistan.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Baghlan
#bom
#Dand Shabuddin
#letupan
#Puli Khumri
#Taliban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan