awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan Terbang Istanbul dipilih lapangan terbang terbaik dunia

Bernama
Bernama
06/10/2022
21:00 MYT
Lapangan Terbang Istanbul dipilih lapangan terbang terbaik dunia
Lapangan Terbang Istanbul yang dibuka pada 2019, dengan menara kawalan berbentuk bunga tulip, memperoleh penilaian terbaik atas reka bentuk dan keselamatannya. - Gambar fail
ANKARA: Lapangan Terbang Istanbul dipilih sebagai lapangan terbang terbaik dunia 2022 oleh pembaca Conde Nast Traveler, majalah pelancongan mewah yang berpangkalan di New York dan London.
Dalam tinjauan tahunan Anugerah Pilihan Pembaca majalah itu, Lapangan Terbang Istanbul menduduki tempat pertama mengetepikan Lapangan Terbang Changi Singapura yang menduduki tempat kedua, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan lapangan terbang itu pada Khamis.
Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon menduduki tempat ketiga diikuti Lapangan Terbang Zurich, Switzerland dan Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda di Tokyo
Pada Selasa, Conde Nast Traveler berkata Lapangan Terbang Istanbul yang dibuka pada 2019 dengan menara kawalan berbentuk bunga tulip memperoleh penilaian terbaik atas reka bentuk dan keselamatannya.
"Lapangan terbang itu yang kerap digunakan sebagai pintu masuk ke seluruh Turkiye dan ke Asia, merupakan pilihan yang popular kerana lounge mewahnya - seperti Turkish Airlines Lounge - dan kemudahan serba baharu," menurut majalah itu.
Conde Nast Traveler mempunyai lima juta naskhah cetakan dan 16 juta pembaca digital setiap bulan serta 16 juta pengikut di media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lapangan terbang istanbul
#lapangan terbang terbaik dunia
#Conde Nast Traveler
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan