BEIJING: Lapangan Terbang Taoyuan Taipei memaklumkan pihaknya menerima ancaman bom yang bertujuan untuk mengganggu lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi yang dikatakan mungkin akan melawat Taiwan, lapor Sputnik memetik Global Times pada Selasa.
Pihak lapangan terbang menerima sepucuk surat memaklumkan ancaman bom pada pagi Selasa, hari yang sama Pelosi dijangka tiba.
Pentadbiran lapangan terbang segera memaklumkan perkara berkenaan kepada perkhidmatan keselamatan pelabuhan udara, kementerian pengangkutan, Pentadbiran Aeronautik Awam serta polis dan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mengesan pengirim.
Tiada tindakan pengosongan di lapangan terbang diumumkan, tetapi pekerja digesa mengambil langkah berjaga-jaga tahap maksimum.
Sementara itu, tentera Taiwan meningkatkan keupayaan unit tempurnya di tengah-tengah spekulasi mengenai lawatan Pelosi ke pulau itu.
Jelajah Asia Pelosi, yang merangkumi lawatannya ke Singapura, Malaysia, Korea Selatan dan Jepun, menarik perhatian antarabangsa kerana beliau dikatakan akan singgah di Taiwan.
Andai spekulasi itu menjadi kenyataan beliau bakal muncul sebagai ahli politik AS berpangkat tertinggi yang melawat pulau itu sejak 1997. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 02 2022
Lapangan Terbang Taoyuan Taipei menerima ancaman bom yang bertujuan untuk mengganggu lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Lapangan Terbang Taipei terima ancaman bom susulan lawatan Pelosi
Pihak lapangan terbang menerima sepucuk surat memaklumkan ancaman bom pada pagi Selasa, hari yang sama Pelosi dijangka tiba.