Skip to main content

Politik

PRN Melaka: Manifesto parti Rafizi ibarat 'tong kosong', tidak realistik - Penganalisis

Kehangatan hari pengundian PRN Melaka 14 November ini semakin hangat dirasai apabila perang bendera antara parti politik dilihat semakin rancak mewarnai bahu-bahu jalan serta kawasan tumpuan awam di sekitar bandar Melaka. - Gambar fail/Bernama
Kehangatan hari pengundian PRN Melaka 14 November ini semakin hangat dirasai apabila perang bendera antara parti politik dilihat semakin rancak mewarnai bahu-bahu jalan serta kawasan tumpuan awam di sekitar bandar Melaka. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Antara ketiga-tiga manifesto yang dilancarkan oleh Barisan Nasional (BN)-Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Bersama, dokumen yang diketengahkan oleh parti pimpinan Datuk Seri Rafizi Ramli dilihat sebagai 'tong kosong' serta tidak realistik.

Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), Kolej Undang-Undang, Kerajaan & Pengajian Antarabangsa (COLGIS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Misrinah Misban berkata, ia meniru konsep reformasi yang dibawa oleh PH dan bakal dilaksanakan oleh seorang menteri yang gagal untuk melaksanakan usaha berkenaan semasa beliau berada dalam Kabinet Kerajaan MADANI sebelum ini.

"Mungkin tampak indah daripada segi luarannya kerana ada elemen-elemen reformasi dan demokrasi tetapi akan berdepan masalah dari segi pelaksanaannya kerana ia diterajui oleh pemimpinnya yang mempunyai rekod gagal untuk melaksanakan reformasi dalam Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Advertisement

"Ia tempang kerana sekiranya menang sekalipun, wakil-wakil rakyat parti Kancil tiada pengalaman dalam pentadbiran kerajaan negeri dan tidak mampu untuk menyakinkan rakyat terutama pengundi Melaka untuk memberi kepercayaan kepada manifesto tersebut.

"Lebih daripada itu, kemampuan calon PH untuk melancarkan manifesto mereka lebih realistik kerana mendapat dukungan dari Kerajaan Persekutuan manakala BN-PN juga mempunyai potensi untuk menang tetapi parti Kancil dalam keadaan sebaliknya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Sebelum ini, Rafizi melancarkan Manifesto Kancil mewakili Parti Bersama pada 2 November 2026 sempena PRN Melaka menjadikannya parti pertama berbuat demikian.

Dalam dokumen setebal 23 muka surat itu, parti Kancil menjanjikan reformasi tadbir urus dan pentadbiran menjadi tumpuan utama manifesto Bersama, yang mencadangkan perubahan besar terhadap struktur pentadbiran negeri serta sistem demokrasi.

Antara cadangannya ialah sistem perwakilan berkadar yang membolehkan tujuh ADUN lantikan dibuat berdasarkan agihan undi keseluruhan dalam PRN nanti dengan Bersama juga mahu merasionalisasikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi negeri dengan mengehadkan jumlahnya kepada 30 bagi membendung kemungkinan ketirisan.

Mengulas lanjut, Misrinah berkata, pihaknya yakin manifesto tersebut tidak akan mendapat perhatian oleh rakyat Melaka kerana parti tersebut gagal untuk mendapat sambutan yang menggalakkan semasa ceramah-ceramah trak Kancil yang dijalankan.

"Di media sosial pula, lebih banyak kandungan politik pula lebih terarah kepada kempen-kempen yang dijalankan oleh PH sebagai kerajaan Persekutuan manakala gandingan BN dan PN juga dilihat giat dalam kempen media sosial berbanding dahulu," jelasnya.

Must Watch Video

Advertisement