Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 November 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 November 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 November 2026.

  1. Hujan berterusan tahap buruk, waspada diramal landa Pantai Timur dan Sabah hingga Rabu

    Luruan monsun dijangka memasuki rantau negara hingga Rabu yang berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan.

  2. Isa Isarb ditahan di Indonesia ketika buat dokumentari jerebu, disyaki perisik dari Malaysia

    Dia dituduh sebagai perisik kerana kononnya terdapat bukti perbualan antara dirinya dengan beberapa ahli politik Malaysia.

  3. Banjir diramal landa sembilan jajahan di Kelantan hingga 11 November

    Sembilan jajahan di Kelantan dijangka berisiko banjir bermula Ahad hingga 11 November susulan amaran hujan berterusan oleh MetMalaysia.

  4. "Tiada ibu yang bersedia kehilangan anak, namun saya harus reda ketentuan Allah" - Uji Rashid

    Tiada ibu yang pernah bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya sendiri. Namun itulah hakikat yang terpaksa diterima artis legenda tanah air, Uji Rashid, 73, apabila anak kesayangannya, Allahyarham Cico Harahap menghembuskan nafas terakhir pada Ahad, selepas bertarung dengan penyakit.

  5. PRN Melaka: Undi awal kayu pengukur kekuatan BN menuju 14 Nov - Ab Rauf

    Barisan Nasional (BN) menyifatkan pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang dijadualkan pada Selasa sebagai petunjuk awal terhadap tahap sokongan dan momentum jentera parti menjelang hari pengundian pada 14 November ini.

  6. JAKIM siasat dakwaan unsur pemujaan dalam konsert The Weeknd di Bukit Jalil

    Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerusi Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang meneliti dakwaan unsur pemujaan yang dikaitkan dengan konsert artis antarabangsa, The Weeknd, di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini.

  7. Mangsa banjir Selangor terima bantuan tambahan khas RM2,500 bermula Selasa - PMO

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai tambahan khas sekali beri RM2,500 kepada setiap Ketua Isi Rumah mangsa banjir yang layak di Selangor, dengan pembayaran dijangka bermula Selasa.

  8. Tiga maut dipercayai disambar petir di Sepang

    Tiga lelaki maut dipercayai akibat disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi di sini hari ini.

  9. PRN Melaka: 12,531 pengundi awal tunai tanggungjawab esok

    Sebanyak 12,531 pengundi awal yang layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 akan melaksanakan tanggungjawab mereka di 31 pusat mengundi awal yang diwartakan di seluruh negeri esok.

  10. Permohonan BINGKAS 3.0 dibuka Selasa, bantuan RM300 sebulan

    Permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) 3.0 bagi Kategori Tanggungan Kanak-Kanak dibuka bermula 10 pagi esok, dengan penerima yang layak bakal menerima bantuan kewangan RM300 sebulan selama 12 bulan.

Must Watch Video

Advertisement