Skip to main content

Dunia

Lapangan Terbang Wellington dikosongkan susulan kebakaran

Wellington Airport fire
Pihak berkuasa mengesahkan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini, namun kawasan dermaga barat daya dan terminal berlepas dikosongkan sebagai langkah keselamatan. -Foto X

WELLINGTON: Lapangan Terbang Wellington di New Zealand dikosongkan pada Jumaat selepas kebakaran berlaku di bangunan terminal utama, sekali gus menjejaskan jadual penerbangan.

Pihak berkuasa mengesahkan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini, namun kawasan dermaga barat daya dan terminal berlepas dikosongkan sebagai langkah keselamatan.

Jurucakap Agensi Bomba dan Kecemasan New Zealand (FENZ) memaklumkan sistem penggera automatik diaktifkan pada pukul 7.15 malam waktu tempatan sebelum pasukan bomba dikejarkan ke lokasi.

Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada sebuah jentera yang terbakar, sekali gus mengaktifkan sistem pancuran air dalam bangunan.

“Kejadian dikesan di kawasan operasi dan pasukan keselamatan sedang berusaha mengawal sepenuhnya situasi,” kata jurucakap FENZ.

Susulan insiden itu, beberapa penerbangan ke Lapangan Terbang Wellington dilencongkan ke destinasi lain.

Pihak pengurusan lapangan terbang turut menasihatkan penumpang supaya menyemak status penerbangan masing-masing dengan syarikat penerbangan terlibat.

 

Must Watch Video

Advertisement