BERLIN: Jumlah keseluruhan hukuman mati yang diketahui dilaksanakan di seluruh dunia pada 2022 meningkat sebanyak 53 peratus berbanding angka yang direkodkan untuk 2021, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut laporan Amnesty International mengenai penggunaan hukuman mati di seluruh dunia yang dikeluarkan pada Selasa, terdapat sekurang-kurangnya 883 hukuman mati di 20 negara tahun lalu, angka tertinggi dalam tempoh lima tahun.
Jumlah itu mungkin lebih tinggi kerana beribu-ribu hukuman mati di China "dirahsiakan." Kerahsiaan di Korea Utara dan Vietnam, bersama dengan akses terhad kepada maklumat di beberapa negara lain, terus menghalang penilaian lebih lengkap mengenai penggunaan hukuman mati.
Amnesty berkata 90 peratus daripada hukuman mati yang diketahui dunia tahun lalu dilaksanakan oleh hanya tiga negara: Iran, Arab Saudi dan Mesir.
Jumlah hukuman mati yang direkodkan di Iran meningkat daripada 314 pada 2021 kepada 576 pada 2022, katanya. Di Arab Saudi, angka itu meningkat tiga kali ganda daripada 65 pada 2021 kepada 196 tahun lalu, angka tertinggi yang dicatatkan oleh Amnesty untuk negara itu dalam tempoh 30 tahun.
Enam negara memansuhkan hukuman mati sepenuhnya atau sebahagiannya tahun lalu, menurut laporan itu.
Bagaimanapun, hukuman mati diteruskan di lima negara pada 2022 iaitu Afghanistan, Kuwait, Myanmar, Palestin dan Singapura, menurut laporan itu.
Lebih satu pertiga daripada hukuman mati yang direkodkan di dunia pada 2022 adalah bagi kesalahan dadah, satu pelanggaran undang-undang antarabangsa yang jelas, kata Amnesty.
--BERNAMA-dpa
Bernama
Tue May 16 2023
Terdapat sekurang-kurangnya 883 hukuman mati di 20 negara tahun lalu, angka tertinggi dalam tempoh lima tahun. - Gambar hiasan
KDN muktamad pembelian empat helikopter untuk APMM bernilai RM600 juta
Kertas kerja bagi perolehan aset itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir.
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
Buletin AWANI Khas: Asia Barat sedang ‘Stress’: Dialog menteri-menteri dunia Arab
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Beberapa Menteri Luar negara-negara Arab duduk sepentas di Mesyuarat Khas WEF, Riyadh dalam sesi ini.
#SpecialMeeting24
#SpecialMeeting24
AWANI Ringkas: Projek NTC | Sindiket Dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kilang cat terbakar, dua sekolah di Meru diarah ditutup
Penutupan dua buah sekolah terlibat iaitu SK Meru dan Sekolah Rendah Agama Meru 2 itu dibuat atas faktor keselamatan.
AWANI 7:45 [29/04/2024] – Meja bulat bersama 50 pemimpin industri dunia | Penggunaan komersial capai 80 peratus
PM yakin Malaysia jadi destinasi pelabur bernilai tinggi.
Kerajaan perkenal program solar untuk pengguna komersial.
Kelas Terapung dilaksana kawasan penduduk kepadatan tinggi.
Laporan Bank Dunia dedah hanya 58 peratus pelajar mahir membaca menjelang akhir darjah 5.
Kerajaan perkenal program solar untuk pengguna komersial.
Kelas Terapung dilaksana kawasan penduduk kepadatan tinggi.
Laporan Bank Dunia dedah hanya 58 peratus pelajar mahir membaca menjelang akhir darjah 5.
Malaysia perlu berani menentang Denmark
Hanya kemenangan menentang Denmark, kuasa besar badminton dunia, dalam aksi penting Kumpulan D Piala Thomas 2024 esok akan membawa Malaysia mendahului carta kedudukan.
Polis tembak kereta mewah bawa dadah lebih RM100,000
Polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan selepas pemandu kenderaan terbabit bertindak agresif dan cuba merempuh anggota polis .
Indonesia sokong pendekatan Malaysia bantu bangun 'peradaban' banduan Indonesia
Penjara bukan semata-mata tempat menghukum tetapi mentransformasikan ia sebagai institusi pendidikan yang memberi peluang kepada penghuni.
Penganggur terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang penganggur terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan penjara 30 tahun bagi kesalahan membunuh.
Pekerja kilang belacan dituduh membunuh
Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan membunuh seorang lelaki, awal bulan ini.
Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Hakim Tengku Maimum mengetepikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 59, yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018.
Bunuh bekas isteri dalam idah: Hukuman mati bapa lima anak diganti penjara 33 tahun
Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 27 Ogos 2005.
Bunuh isteri: Hukuman mati nelayan diganti kepada penjara 33 tahun
Seorang nelayan terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan menggantikannya dengan hukuman penjara 33 tahun kerana membunuh isterinya, 23 tahun lalu.
'Kejadian bunuh Kevin Morais luar biasa daripada biasa-biasa' - Hakim
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menyifatkan kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais sembilan tahun lalu sebagai suatu kejadian luar biasa daripada yang biasa-biasa.
Hukuman mati warga Kemboja diganti penjara 60 tahun, sebabkan kematian kanak-kanak, wanita
Hukuman mati diganti dengan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap empat pertuduhan di bawah Seksyen 304(a).
Kes dadah terbesar di Sabah: Mekanik dijatuhi hukuman mati
Seorang mekanik lelaki dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana mengedar dadah jenis syabu seberat 199,950.1 gram tiga tahun lepas.
Ahli keluarga Bella dinasihat hormati prosiding mahkamah
Ahli keluarga Mila Sharmilah Samsusah atau Bella dinasihat agar menghormati prosiding mahkamah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berbentuk provokasi.
Bekas kelindan lori bunuh nenek 85 tahun kekal ke tali gantung
Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas seorang bekas kelindan lori kerana membunuh wanita warga emas berusia 85 tahun selepas merogol dan meliwatnya.