awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun

Bernama
Bernama
18/10/2024
08:15 MYT
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Walaupun pemulihan ekonomi makro sedang berlangsung, kemiskinan tegar kekal tinggi di negara yang berada dalam situasi khusus, menunjukkan kerentanan struktur yang mendalam. - Gambar/ Reuters
NEW YORK: Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Berikutan kejutan berturut-turut, bermula dengan pandemik COVID-19, menyebabkan kemunduran dalam langkah utama kemajuan pembangunan sosial, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dilancarkan pada Khamis.
Walaupun pemulihan ekonomi makro sedang berlangsung, kemiskinan tegar kekal tinggi di negara yang berada dalam situasi khusus, menunjukkan kerentanan struktur yang mendalam.
Menjelang 2022, kemiskinan tegar kembali ke tahap prapandemik di kebanyakan negara, kecuali negara berpendapatan rendah, menurut Laporan Sosial Dunia 2024, bertajuk "Pembangunan Sosial pada Masa Krisis Menumpu: Seruan untuk Tindakan Global" yang dilancarkan Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial PBB.
Kadar pengangguran di negara berpendapatan rendah kekal tinggi, dengan kadar jurang pekerjaan meningkat daripada 20 peratus pada 2018 kepada 21 peratus pada 2023. Trend ini telah memburukkan lagi ketidaksamaan pendapatan dan kekayaan sedia ada di seluruh dunia, menurut laporan itu yang dipetik Xinhua.
Pada 2022, separuh daripada penduduk termiskin dunia hanya memiliki 2 peratus daripada kekayaan dunia, manakala 10 peratus golongan terkaya memegang 76 peratus.
Menurut laporan itu, krisis yang dihadapi dunia boleh menyebabkan kehilangan keluaran ekonomi terkumpul melebihi US$50 trilion antara 2020 dan 2030, mencerminkan peluang yang hilang untuk melabur dalam pembangunan sosial.
Dengan negara secara beransur-ansur keluar daripada pelbagai krisis, terdapat peluang untuk meminimumkan kesan jangka panjang krisis ini terhadap pembangunan sosial dan membina masyarakat yang lebih berdaya tahan, menurut laporan itu.
Menurut laporan itu, dalam persekitaran dasar global semasa, kejutan lebih mudah bertukar menjadi krisis yang merentasi sempadan, menuntut tindakan antarabangsa.
Laporan itu menggesa tindakan global segera untuk menyokong usaha nasional untuk menangani kemunduran yang disebabkan oleh krisis global kebelakangan ini, dan untuk mengelakkan kejutan masa depan bertukar menjadi krisis.
Laporan itu menekankan keperluan kritikal untuk pembaharuan dan pemfokusan semula pembangunan kewangan antarabangsa untuk menyokong tindak balas peringkat negara terhadap krisis global dan mewujudkan ruang fiskal yang diperlukan untuk memacu kemajuan sosial.
Ia juga mengkaji langkah-langkah untuk meringankan beban hutang negara membangun dan mengkaji bagaimana bantuan pembangunan rasmi, dalam bentuk geran dan pinjaman konsesi, pelepasan hutang yang bermakna dalam jangka pendek dan pengukuhan seni bina hutang berdaulat dalam jangka panjang, boleh memajukan pembangunan sosial.
"Laporan ini mendedahkan peranan penting tindakan pelbagai hala dalam menyokong usaha di peringkat kebangsaan untuk mencari ruang fiskal untuk memerangi kemiskinan, mewujudkan pekerjaan dan memastikan setiap orang mempunyai peluang yang adil dalam hidup," kata Li Junhua, Timbalan Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial.
Laporan Sosial Dunia ialah penerbitan utama Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial PBB mengenai isu utama pembangunan sosial, mengenal pasti trend sosial semasa dan baru muncul serta menyediakan analisis mengenai isu pembangunan utama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB
#kemiskinan tegar
#COVID-19
#kadar pengangguran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan