awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan

Asyraf Malik
Asyraf Malik
02/02/2026
08:15 MYT
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Seramai 20 warga asing berusia antara 18 hingga 49 tahun yang dipercayai diseludup masuk ke Malaysia ditahan dalam operasi membongkar sindiket 'Geng Sojul'. - Foto FB Jabatan Imigresen Malaysia
KUALA LUMPUR: Sindiket penyeludupan migran yang dikenali sebagai 'Geng Sojul' terbongkar selepas pihak berkuasa menahan dua lelaki pada Ahad.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban berkata, penahanan itu mendedahkan penggunaan sebuah kondominium di Kuchai Lama, di sini sebagai premis transit kegiatan haram itu.
"Seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Bangladesh ditahan kerana disyaki berperanan sebagai transporter sindiket berkenaan.
"Selain itu, seramai 20 warga asing berusia antara 18 hingga 49 tahun yang dipercayai diseludup masuk ke negara ini turut ditahan dalam operasi tersebut," jelas Zakaria dalam satu kenyataan, hari ini.
Siasatan awal mendapati sindiket itu aktif sejak Disember tahun lalu dengan menawarkan perkhidmatan membawa masuk warga asing melalui laluan negara ketiga sebelum memasuki Malaysia secara haram menerusi Kelantan.
“Warga asing berkenaan yang diseludup kemudiannya dibawa ke Lembah Klang dan dihantar ke beberapa destinasi tertentu,” katanya.
Difahamkan, sindiket itu mengenakan bayaran kira-kira RM12,000 bagi setiap migran dan dipercayai meraih keuntungan sekitar RM1.2 juta sejak beroperasi.
Tambahnya, serbuan pertama dilakukan kira-kira jam 1.30 tengah hari melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipintas di kawasan parkir sebuah pasar raya di Jalan Kuchai Lama.
Hasil pemeriksaan membawa kepada penahanan enam lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh serta seorang lelaki warga Myanmar.
Susulan itu, serbuan kedua dijalankan di sebuah kondominium di Kuchai Lama yang dipercayai dijadikan rumah persembunyian dan transit sindiket.
"Dalam operasi ini, seramai 12 lelaki warga Bangladesh yang baru tiba dari Thailand ditahan, mereka dipercayai sedang menunggu untuk dihantar ke beberapa negeri di selatan tanah air serta sekitar Lembah Klang," ujarnya.
Kesemua individu kini ditahan di Depot Imigresen Putrajaya bagi siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pasport 1966.

Topic Berkaitan
#seludup warga asing
#Geng Sojul
#Datuk Zakaria Shaaban
#sindiket penyeludupan migran
#Jabatan Imigresen Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan