DUNIA
Lavrov hadiri Sidang Kemuncak Putin-Trump di Alaska pada 15 Ogos

Fadeyev mengesahkan penyertaan Lavrov (gambar) dalam acara yang dijadual berlangsung di Alaska pada Jumaat ini. - Foto AP
MOSCOW: Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov akan menghadiri Sidang Kemuncak Rusia - Amerika Syarikat (AS) di Alaska pada 15 Ogos, lapor agensi berita TASS memetik Timbalan Jurucakap Kementerian Luar Alexey Fadeyev pada Selasa.
"Ya, saya boleh mengesahkan penyertaan Lavrov dalam acara yang dijadual berlangsung di Alaska pada Jumaat ini," katanya pada satu taklimat.
Beliau menyerahkan soalan mengenai agenda sidang kemuncak itu kepada Perkhidmatan Akhbar Presiden Rusia, namun menyatakan harapan Moscow agar pertemuan itu dapat menangani krisis Ukraine dan menghapuskan halangan yang mengganggu dialog.
Perbincangan seperti itu, tegasnya, penting untuk keamanan dan kestabilan antarabangsa.Presiden AS Donald Trump pada 8 Ogos mengumumkan bahawa beliau menjangkakan akan bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin di Alaska pada 15 Ogos.
Pembantu Kremlin Yury Ushakov mengesahkan rancangan itu, sambil memaklumkan kedua-dua pemimpin akan membincangkan pilihan penyelesaian damai jangka panjang bagi krisis Ukraine.
Beliau berkata pertemuan seterusnya antara Putin dan Trump dijangka diadakan di Rusia.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami