awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan ke Taipei tanda komitmen Amerika Syarikat sokong demokrasi Taiwan - Pelosi

Astro Awani
Astro Awani
02/08/2022
15:27 MYT
Lawatan ke Taipei tanda komitmen Amerika Syarikat sokong demokrasi Taiwan - Pelosi
Kunjungan Pelosi itu merupakan lawatan rasmi pertama ke Taiwan oleh Speaker Dewan Perwakilan AS dalam tempoh 25 tahun. - Gambar/ AP
SPEAKER Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi, menegaskan lawatan ke Taiwan adalah tanda menghormati komitmen AS yang tidak berbelah bahagi menyokong Demokrasi Taiwan.
Dalam kenyataan pertama sebaik mendarat di Taipei malam ini, Pelosi berkata, kunjungan itu merupakan lawatan rasmi pertama ke Taiwan oleh Speaker Dewan Perwakilan AS dalam tempoh 25 tahun.
"Lawatan ini adalah sebahagian daripada perjalanan kami yang lebih luas ke Indo-Pasifik termasuk Singapura, Malaysia, Korea Selatan dan Jepun, memfokuskan pada keselamatan bersama, perkongsian ekonomi dan tadbir urus demokrasi.
"Perbincangan kami dengan kepimpinan Taiwan akan menumpukan pada mengesahkan semula sokongan kami untuk rakan kongsi kami dan mempromosikan kepentingan bersama kami, termasuk memajukan wilayah Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.
BACA: Nancy Pelosi, delegasi Amerika Syarikat selamat tiba di Taiwan
BACA: Lawatan Pelosi: Tentera Laut AS kerah kapal perang ke timur Taiwan - Laporan
BACA: Lawatan Pelosi: Pesawat pejuang China berlegar di ruang udara berhampiran sempadan Taiwan
Our delegations visit to Taiwan honors Americas unwavering commitment to supporting Taiwans vibrant Democracy. Our discussions with Taiwan leadership reaffirm our support for our partner & promote our shared interests, including advancing a free & open Indo-Pacific region.
— Nancy Pelosi (@SpeakerPelosi) August 2, 2022
"Perpaduan Amerika dengan 23 juta penduduk Taiwan adalah lebih penting hari ini berbanding sebelum ini, kerana dunia menghadapi pilihan antara autokrasi dan demokrasi.
“Lawatan kami adalah salah satu daripada beberapa delegasi Kongres ke Taiwan dan ia sama sekali tidak bercanggah dengan dasar Amerika Syarikat yang telah lama wujud, berpandukan Taiwan Relations Act of 1979, U.S.-China Joint Communiques and the Six Assurances.
"AS terus menentang usaha unilateral untuk mengubah status quo," katanya.
Terdahulu, pesawat Tentera Udara AS yang membawa delegasi itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Shongshan, Taipei, Taiwan pada jam 10.43 malam.
Kunjungan Pelosi ke Taiwan mencetuskan kontroversi apabila China ini mendakwa lawatan tersebut mencerminkan sikap AS tidak menghormati polisi One-China memandangkan Taiwan masih di bawah pemerintahannya, biarpun wilayah itu telah ditadbir secara demokrasi.
Topic Berkaitan
#Nancy Pelosi
#lawatan ke taiwan
#Taipei
#China
#Amerika Syarikat
#hormat demokrasi taiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan