awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
Penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam cecah 39.4 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan Pelosi ke Taiwan: Pejabat Presiden Korea Selatan seru keamanan serantau menerusi dialog

Bernama
Bernama
03/08/2022
05:18 MYT
Lawatan Pelosi ke Taiwan: Pejabat Presiden Korea Selatan seru keamanan serantau menerusi dialog
Pejabat Presiden mengalu-alukan lawatan Pelosi ke Korea Selatan dan berharap perbincangannya dengan Speaker Kim Jin-pyo akan membuahkan hasil. - Reuters
SEOUL: Pejabat Presiden Korea Selatan pada Rabu menggesa keamanan dan kestabilan serantau menerusi dialog ketika Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi mengadakan lawatan ke Taiwan pada Selasa, menurut Agensi Berita Yonhap.
Pelosi, juga dijadual melawat Korea Selatan sebagai sebahagian daripada jelajah Asia.
Beliau menjadi ahli politik berpangkat tinggi AS pertama melawat pulau itu sejak 25 tahun lalu. China, yang mendakwa Taiwan sebagai wilayahnya, membantah keras lawatan Pelosi.
Mengulas mengenai lawatan lawatan ke Taiwan itu, sumber pejabat presiden berkata: "Kerajaan kami berpendirian akan mengekalkan komunikasi rapat dengan negara-negara berkenaan dalam semua isu di bawah panji-panji keperluan keamanan dan kestabilan di rantau ini melalui dialog dan kerjasama."
Pejabat Presiden mengalu-alukan lawatan Pelosi ke Korea Selatan dan berharap perbincangannya dengan Speaker Kim Jin-pyo akan membuahkan hasil.
Kim dan Pelosi dijadual mengadakan perbincangan pada Khamis dan kedua-dua speaker itu akan mengadakan sidang akhbar bersama sebelum menghadiri jamuan tengah hari.
Presiden Yoon Suk-yeol, yang kini sedang bercuti sempena musim panas, tidak bercadang untuk bertemu dengan Pelosi, kata pegawai itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nancy Pelosi
#Korea Selatan
#keamanan serantau
#Taiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan