BANGKOK: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand bermula Khamis ini dijangka memperluas lagi kerjasama sedia ada dan meneroka kerjasama baharu antara kedua-dua negara dalam pemulihan ekonomi pascapandemik.
Pengarah Pusat Serantau ASEAN Universiti Malaya (CARUM), Dr Rahul Mishra berkata Malaysia dan Thailand menjalin kerjasama dua hala dalam pelbagai sektor untuk merangsang pertumbuhan serta pembangunan.
"Untuk mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara, Malaysia dan Thailand boleh meneroka bidang kerjasama baharu termasuk pembangunan infrastruktur pertahanan dan rentas sempadan.
"Dengan kebolehan dan kekuatan pertahanan di rantau ini, Malaysia berminat untuk belajar dan bekerjasama dengan Thailand.
"Bekerjasama dengan negara-negara ASEAN sudah tentu lebih produktif, bermanfaat dan diyakini," katanya kepada Bernama.
Rahul berkata Malaysia dan Thailand juga boleh meneroka kerjasama untuk berusaha ke arah melaksanakan projek infrastruktur rentas sempadan.
Malaysia dan Thailand mungkin bersaing dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tetapi kedua-dua negara juga saling melengkapi dalam pelancongan rentas sempadan dan rantaian bekalan.
Malaysia dan Thailand telah menetapkan sasaran perdagangan dua hala sebanyak AS$30 bilion (RM126 bilion) menjelang 2025.
Pada 2022, Thailand menjadi rakan dagangan ketujuh terbesar Malaysia di dunia dan ketiga terbesar dalam kalangan negara ASEAN dengan nilai perdagangan berjumlah RM122.03 bilion (AS$27.75 bilion), meningkat 17.9 peratus berbanding yang direkodkan pada 2021.
Anwar akan mengadakan lawatan rasmi sulung dua hari ke Thailand bermula Khamis yang antara lain beliau dijadual bertemu rakan sejawatannya dari Thailand, Prayuth Chan o-cha untuk membincangkan hala tuju dalam mengukuhkan kerjasama pelbagai hala antara Malaysia dan Thailand.
Kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan majlis pertukaran empat Memorandum Persefahaman dalam bidang kerjasama tenaga dan ekonomi digital.
Ini adalah lawatan rasmi antarabangsa keempat Anwar selepas Indonesia, Brunei dan Singapura sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 Nov tahun lepas.
Sementara itu, Rahul berkata lawatan Anwar ke Thailand dijangka menggiatkan semula rundingan damai di selatan.
Beliau berkata ketua fasilitator Malaysia yang baharu Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin akan dapat membuat satu kejayaan dalam proses damai.
"Ia bukanlah satu tugas yang mudah, namun ia petanda positif bahawa kerajaan sekarang berminat dalam proses damai dan ingin bekerjasama dengan kerajaan Thailand dan kumpulan pemisah," katanya.
Sementara itu, pensyarah kanan Institut Kajian Keamanan Universiti Prince of Songkla, Penolong Prof Dr Srisompob Jitpiromsri berkata beliau percaya Anwar akan memainkan peranan penting dalam proses damai berikutan kepakarannya dan hubungan yang lama dengan penduduk di wilayah selatan.
"Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan rakyat terutamanya dengan pemimpin tempatan termasuk ahli politik, pemimpin agama, ahli akademik dan intelektual. Oleh itu, beliau boleh membawa lebih ramai orang atau kumpulan untuk membantu dan menyatukan proses damai.
"Beliau (Anwar) mengetahui dan memahami konflik itu. Oleh itu, beliau boleh memainkan peranan untuk mengukuhkan dialog damai," katanya kepada Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023

Poster gergasi mengalukan kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Bangkok, Thailand ketika tinjauan hari ini. - Foto BERNAMA

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa esok iaitu pada Khamis, 23 Mac 2023.

Tindakan tegas mengikut undang-undang pihak sokong LGBT
Kerajaan tidak sesekali menyokongan sebarang program mempunyai unsur LGBT dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang melanggar dasar kerajaan.

Buletin AWANI Khas: Anak Bulan | Laporan terkini cerapan Hilal Ramadan 1444H

Pengisytiharan Permulaan Puasa 1444H / 2023M
Sebentar tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sriu Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan hari pertama umat Islam berpuasa ialah pada Khamis atau esok 23 Mac 2023. Sebelum berakhir .... ikuti semula pengumuman berkenaan.

Belanda: Penjawat awam dilarang guna TikTok untuk tugasan rasmi
Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.

Skim Rumah Pertamaku dimansuhkan mulai 1 April
Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang diperkenalkan semenjak 2011 akan dimansuhkan mulai 1 April ini.

Ramadan: Waktu operasi puncak LRT, Monorel, MRT dan bas diawalkan
Waktu operasi puncak pagi itu diselaraskan sehingga 9.30 pagi berbanding waktu sekarang iaitu 7 pagi hingga 9 pagi.
![AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015168/19199450371679485155147_640x360.jpg)
AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar #AWANIBorneo 22 Mac 2023 : - Sarawak urus sendiri pembangunan sekolah luar bandar. - Brunei bakal nikmati tenaga boleh diperbaharui dari Sarawak. - Tragedi menjelang Ramadan, empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. #AWANInews

Mesut Ozil umum bersara dari dunia bola sepak
Bekas pemain tengah Real Madrid dan Arsenal itu berkongsi tentang keputusannya melalui Instagram.

Pameran P Ramlee di KLIA perkenalkan ikon Malaysia kepada pengunjung luar
KLIA adalah lokasi strategik bagi Pameran Eksklusif Seniman Agung P Ramlee untuk memperkenalkan ikon seni tanah air itu kepada pengunjung luar negara.

Pelajar Malaysia jadi mutawif bimbing delegasi PM Anwar tunai umrah
Seorang pelajar Malaysia teruja apabila dipilih sebagai mutawif bagi membimbing Anwar dan delegasinya yang dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi, melaksanakan umrah hari ini.

Anwar tiba di Arab Saudi untuk lawatan rasmi tiga hari
Pesawat khas membawa Perdana Menteri untuk lawatan tiga hari itu mendarat di Royal Pavillion, Lapangan Terbang King Abdulaziz pukul 6.40 pagi waktu tempatan (11.40 pagi waktu Malaysia).

PM Anwar lakukan lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi
Kunjungan itu merupakan lawatan rasmi sulung beliau ke Arab Saudi selepas menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Presiden Singapura lawat Malaysia minggu depan
Presiden Singapura Halimah Yacob akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Isnin hingga 22 Mac.

Anwar diberi sambutan rasmi di Istana Malacanang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan perbincangan dengan Presiden Ferdinand Marcos Jr, yang lebih dikenali sebagai "Bong Bong", di Istana Malacanang hari ini,

Anwar tiba di Filipina untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi selama dua hari ke Republik Filipina.

Lawatan rasmi ke Thailand: Sambutan permaidani merah untuk Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Thailand diberikan sambutan permaidani merah.

Kerjasama lebih rapat dengan Thailand demi manfaat kedua-dua negara - PM Anwar
Kerjasama lebih rapat dengan negara jiran Thailand diperlukan bagi memperhebatkan beberapa bidang dalam negara disamping dilihat dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua negara.

Lawatan PM Anwar ke Thailand bakal teroka kerjasama baharu
Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand bermula Khamis dijangka memperluas lagi kerjasama sedia ada dan meneroka kerjasama baharu.

Lawatan PM Anwar ke Thailand esok pererat kerjasama pelbagai bidang
Lawatan Anwar ke Thailand adalah atas undangan rakan sejawatannya, Prayuth Chan o-cha.