awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan Pope ke Jakarta: Tiga MoU ditandatangani perkukuh agenda persaudaraan manusia sejagat

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
03/09/2024
14:42 MYT
Lawatan Pope ke Jakarta: Tiga MoU ditandatangani perkukuh agenda persaudaraan manusia sejagat
Pope Francis tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada Selasa. - Reuters
KUALA LUMPUR: Pope Francis tiba di Jakarta pada Selasa untuk lawatan tiga hari di Indonesia yang disifatkan sebagai permulaan kepada siri lawatan paling panjang dan jauh pernah dilakukan oleh ketua gereja Katolik itu.

Ringkasan AI
  • Tiga Perjanjian Persefahaman (MoU) ditandatangani untuk menggalakkan kolaborasi dalam penyelidikan, pembangunan, dan agenda berteraskan kepada prinsip saling terima, hidup bersama, dan persaudaraan manusia.
  • Pope Francis dijadualkan bertemu Presiden Indonesia dan wakil enam agama yang diperakui di Indonesia di Masjid Istiqlal.

Lawatan ini menyaksikan tiga Perjanjian Persefahaman (MoU) ditandatangani untuk menggalakkan kolaborasi dalam penyelidikan, pembangunan, dan agenda berteraskan kepada tiga prinsip iaitu saling terima, hidup bersama, dan persaudaraan manusia.
MoU pertama telah ditandatangani pada Isnin antara Jawatankuasa Tertinggi Persaudaraan Manusia (HCHF - Higher Committee of Human Fraternity) dengan Universiti Islam Antarabangsa Indonesia (IIIU).
Selain itu, HCHF dijadualkan untuk menandatangani dua lagi MoU iaitu pada 4 September melibatkan gerakan Islam, Muhammadiyah, yang merupakan sebuah organisasi Islam di Indonesia.
Seterusnya, pada 5 September, HCHF akan menandatangani MoU dengan Nahdatul Ulama, yang merupakan organisasi Islam terbesar di dunia.
Untuk konteks, HCHF ditubuhkan susulan kenyataan bersama yang ditandatangani oleh Pope Francis dan Imam Besar al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb pada Februari 2019 di Abu Dhabi yang dikenali sebagai Dokumen Persaudaraan Manusia untuk Keamanan Dunia dan Hidup Bersama (Document on Human Fraternity for World Peace and Living Together).
Dokumen tersebut antara lain memberi penekanan kepada usaha memupuk budaya saling menghormati dalam kalangan masyarakat pelbagai agama, yang sedang berdepan dengan realiti peningkatan ekstremisme.
CNA melaporkan Pope Francis dijadualkan bertemu Presiden Indonesia pada Rabu sebelum bertemu bersama wakil enam agama yang diperakui Indonesia di Masjid Istiqlal iaitu Islam, Katolik, Protestan, Buddha, Hindu dan Konfusianisme.
Beliau akan meneruskan lawatan 12 harinya ke Papua New Guinea, Timor Leste dan Singapura selepas Indonesia.
Topic Berkaitan
#Abu Dhabi
#Jakarta
#MoU
#Pope Francis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan