awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Layanan terhadap burung kiwi dikritik, Zoo Miami mohon maaf

Agensi
Agensi
24/05/2023
05:10 MYT
Layanan terhadap burung kiwi dikritik, Zoo Miami mohon maaf
Dalam satu kenyataan di Twitter, Zoo Miami menyatakan bahawa mereka telah menghentikan sesi Kiwi Encounter dan memohon maaf kepada rakyat New Zealand. -Twitter @zoomiami
MIAMI: Sebuah zoo di Amerika Syarikat (AS) memohon maaf dan menghentikan tawaran pengalaman bersama burung kiwi serta-merta selepas sebuah video tular di media sosial mencetuskan kemarahan rakyat New Zealand.
Dalam satu kenyataan di Twitter, Zoo Miami menyatakan bahawa mereka telah menghentikan sesi Kiwi Encounter dan memohon maaf kepada rakyat New Zealand.
"Bagi pihak semua di Zoo Miami, kami memohon maaf di atas kontroversi yang tercetus daripada video yang menunjukkan cara pengendalian dan penyimpanan burung kiwi Paora.
"Oleh itu, Kiwi Encounter kini dihentikan serta-merta," tulis kenyataan Zoo Miami.
On behalf of everyone at Zoo Miami, please accept our most sincere apology for the stress initiated by a video depicting the handling/housing of Paora, the Kiwi. Effective immediately, the Kiwi Encounter will no longer be offered. Full statement: https://t.co/1PnzLs2jIX pic.twitter.com/887nvjqNQC
— Zoo Miami (@zoomiami) May 23, 2023
Terdahulu, pelancong dari New Zealand, Holly Neill berkongsi semula video di TikTok tentang pengalamannya di zoo Miami dan mengkritik layanan terhadap burung itu.
The treatment of this poor kiwi at Miami Zoo is appalling. I'm so mad about this. It's being kept awake during the day despite being a nocturnal species. When it runs to hide in a dark box, they open the lid. It's so upsetting to see taonga treated like this. pic.twitter.com/IDuq4gNN0c
— Holly (@HollyNeillNZ) May 22, 2023
Video yang dikongsi dalam talian di zoo itu menunjukkan seekor burung kiwi "Paora" dibelai dan dirakam dalam swafoto di bawah cahaya terang.
Burung kiwi merupakan spesies haiwan yang aktif pada waktu malam atau nokturnal.
"Burung itu berjaga sepanjang hari walaupun ia spesies nokturnal.
"Bila burung itu berlari untuk bersembunyi dalam kotak gelap, mereka membuka penutupnya.
"Sangat menyedihkan melihat taonga (spesies asli) diperlakukan sedemikian,” tulisnya di Twitter.
Hantaran di media sosial itu turut mendapat perhatian Jabatan Pemuliharaan New Zealand yang memaklumkan kebimbangan mengenai pengendalian Paora kepada Persatuan Taman Haiwan dan Akuarium Amerika.
Telur Paora dihantar ke Zoo Miami pada tahun 2019 sebagai sebahagian daripada perjanjian pinjaman khas di antara Smithsonian National Zoo dan kerajaan New Zealand.
Spesies burung tidak boleh terbang itu merupakan ikon negara New Zealand dan lambang tidak rasmi negara.
Topic Berkaitan
#Paora
#Zoo Miami
#burung Kiwi
#New Zealand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan