awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 1,000 orang awam maut akibat bom buatan sendiri di Afghanistan - Laporan PBB

Bernama
Bernama
27/06/2023
11:00 MYT
Lebih 1,000 orang awam maut akibat bom buatan sendiri di Afghanistan - Laporan PBB
Menurut laporan terbaharu Misi Bantuan PBB di Afghanistan (UNAMA), 3,774 korban orang awam direkodkan dalam tempoh dua tahun lepas iaitu 1,095 kematian dan hampir 2,679 cedera. - Foto REUTERS
ISLAMABAD: Lebih 1,000 orang awam terbunuh manakala hampir 2,700 lagi cedera akibat bom buatan sendiri (IED) di Afghanistan sejak Taliban menguasai negara itu pada 2021, dedah laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa.
Menurut laporan terbaharu Misi Bantuan PBB di Afghanistan (UNAMA), 3,774 korban orang awam direkodkan dalam tempoh dua tahun lepas iaitu 1,095 kematian dan hampir 2,679 cedera.
Agensi Anadolu melaporkan laporan itu meliputi tempoh antara 15 Ogos 2021 dan 30 Mei 2023.
"Tiga perempat daripada korban awam ini (2,814 orang awam: 701 terbunuh, 2,113 cedera) berpunca daripada serangan IED yang sewenang-wenangnya di kawasan berpenduduk, termasuk tempat ibadat, sekolah dan pasar," jelasnya.
Keseluruhan korban awam telah menurun sejak Taliban berkuasa, tetapi serangan ke atas tempat ibadat dan komuniti minoriti Hazara di negara itu meningkat, menurut laporan itu.
"Serangan ke atas orang awam dan objek awam ini adalah keji dan mesti dihentikan," kata ketua Perkhidmatan Hak Asasi Manusia UNAMA, Fiona Frazer.
Laporan itu juga mendedahkan bahawa majoriti mangsa terkorban akibat serangan yang dilakukan oleh kumpulan pengganas Daesh/ISIS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom buatan sendiri
#Afghanistan
#Laporan PBB
#UNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan